night entry

Assalamualaikum wbt.

lama juga admin tak update blogkan ? korang pun dah tak kenal admin kan ? sedih  untuk entry kali ni , kita guna panggilan opi kay , sbb kat uitm kawan-kawan panggil oppie . atau di instagram di kenali sebagai oppiependragon . 

Entry kali ni , opi nak ceritakan pasal uitm opi . dah masuk 2 sem dah opi di uitm ni . alhamdulillah sangat sebab dapat masuk uitm dan belajar di uitm melaka . pengalaman tu banyak sangat yg dah tercipta di sini . yes . opi update entry ni semasa opi di uitm . jumaat 11 april last paper final dan last opi di melaka . hehe, dah lama tidak pulang ke rumah . rindu sangat dengan family di rumah sana . cakap macam duduk sabah dan sarawak je kan sampai nak kena beli tiket flight mahal . padahal duduk selangor je -- tapi jarang balik , busy assignment la katakan :) 

setiap hari opi nak tidur , opi mesti fikir. kat uitm dah biasa tidur sorang sorang atas katil , keluar jln di sekitar uitm dgn kawan-kawan . selalu keluar malam lepak tepi tasik tun fatimah or makan depan uitm kat bersaudara or buat kerja kat xtreme sampai 4 5 pagi baru masuk uitm . hmm , mcm mcm aku fikir bila beberapa hari je lagi aku nak tinggalkan uitm . kat sini ada polis bantuan yg jaga uitm . so aku nak pergi mana mana aku tak takut dalam uitm . pencuri ke perompak ke , perogol ke , aku tak takut sangat sbb aku ada ramai kenalan kat uitm so bila mereka nampak aku , mereka akan jaga aku , bila kena kacau , kawan ada lindungkan aku , selalu aku mesti jalan dengan kawan rapat aku sbb aku seorang yg takut pada orang ramai dan takut pada dunia luar . aku terlalu takut . bila dekat rumah , lain keadaannya , tidak seperti uitm , itu yang merunsingkan aku sekarang ni , setiap kali nak tidur, mesti terfikirkan masalah ini . Di rumah , aku akan tidur dengan adik beradik ku , tak ada privisi langsung, hahahaha. lepas tu aku suka tidur kat ruang tamu sorang sorang, tapi mama tak kasi sbb takut kena kacau or ada org masuk rumah dia jadikan kita sebagai umpan. hmmmm, yes , kawasan perumahan opi sangat gelap dan sunyi . tak ramai org lalu . rumah atas bukit -- selalu gak kat rumah tu kena 'kacau' tapi rumah aku kot , aku pulak yg rasa takut. apa ni -- tak tenang langsung nak kemana-mana . nak keluar kena berteman walaupun nak pergi jogging di kawasan perumahan. takut ada perompak, perogol . hmmm , see tak betapa tak tenang aku nak tidur. dah terbiasa dengan kehidupan di uitm yang terjaga dan teratur , bila nak balik rumah rasa takut, kesian kat family aku kat sana , adik adik aku . nak je aku ajak mereka tinggal dengan aku kat kolej ni. hahaha. suka hati je kan nak buat macam rumah sendiri . haha .nak cakap kat rumah je kena kacau kat uitm tak kena kacau tipu la kan . mestila pernah kena kacau. nak cerita pasal kena kacau memang panjangla. dari sem 1 lagi aku dah kena, siap ada yg ikut balik rumah. waaaa , seram dow. sebab tu aku selalu sakit . hmmm . sampai sekarang aku selalu sakit dan sakit . sampai assignment pun tak siap , siap last minit . aku dah mengadu kat lecterer aku pasal ni , dan dia suruh balik rumah nanti pergi hospital cek , tak pun pergi berubah , jangan sampai jadi teruk. thats why i sayang semua lecterer i kat uitm :) 

selalu kalau opi tidur lambat sbb buat aassignment kalau ada assignment kalau tak tengok movie or online di laman sosial twitter , facebook, wechat and instagram  aku lebih rela duduk dalam bilik buat kerja . aku terlalu takut untuk berjumpa orang ramai . bila aku di tengahtengah org ramai, aku jadi tak tentu arah dan rasa nak pitam pun ada --

rasanya , itu je opi nak share harini , tak tahu nak buat apa , update blog je la yg mampu , nak tgk movie semua movie dah terdelete. tinggal drama korea je. tadi layan drama korea "Bachelor's Vegetable Store" 

bila baca tajuk entry semula rasa macam tak ada kena mengena dengan isi entry . haha. lantak la , redah je . gambar tak ada sebab malas nak masukkan gambar :P

have a nice day people . goodluck for final exam and result akan diumumkan pada 9-5-14 :) GOODLUCK friends 

lots of love, 
oppiependragon | 2.06 AM | TSJ 23**