Allah Menunaikan Doa


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Allah Menunaikan Doa

عَنْ سَلْمَانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ رَبَّكُمْ تَبَارَكَ وَتَعَالَى حَيِيٌّ كَرِيمٌ يَسْتَحْيِي مِنْ عَبْدِهِ إِذَا رَفَعَ يَدَيْهِ إِلَيْهِ أَنْ يَرُدَّهُمَا صِفْرًا

Dari Salman, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Tuhan Yang Maha Suci dan Maha Tinggi adalah Maha Hidup dan Mulia, Dia merasa malu dari hambanya apabila ia mengangkat kedua tanganya kepadaNya dan mengembalikannya dalam keadaan kosong." (HR Abu Daud No: 1273)

Pengajaran:

1.  Setiap Muslim dituntut sentiasa berdoa kepada Allah dalam apa jua keadaan

2.  Allah akan sentiasa mengabulkan setiap doa dan permohonan hambaNya

3.  Allah tidak akan menghampakan permintaan dan permohonan hambaNya

Firman Allah :

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ 

"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur (enggan) beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina. (Al-Mu’min 60)

Ayuh kita sentiasa berdoa kepada Allah, jangan sekali-kali kita menjadi orang yang sombong kerana tak mahu berdoa.

Blogger Syahril tag me :)

 
1. Ambil buku yang terdekat, buka muka surat 50 dan taip ayat pertama muka surat tu.
387 059 bahagi 39 = ????
Muka Matematik tahun 5 wei paling dekat-.-
2. Reaksi korang bila 10 jongkong emas tetiba jatuh dari langit dan korang fikir macam mana boleh jadi macam tu...
 
3. Pencapaian terbaik yang korang pernah dapat (macam sijil berhenti sekolah ke...eh?)
Tempat kedua untuk MOUNTING BIKE (SUKOL UITM MELAKA)
4. Satu hari, anda enjoy shopping sakan dengan kawan-kawan korang. Tiba-tiba.....anda sedar bahawa anda terperangkap dalam mall tu. Apa yang korang nak buat?
Tanya orang sekeliling macam mana nak keluar dari shoopimg mall tu. Tanya sampai dapat.
5. Cuba taip ayat ni sambil tutup mata: Kakakku kata kuku kaki kiriku kaku; kukikis-kikis kuku kaki kiriku.
Kakakku kata kuku kaki kiriku kaku. kukikis0kikis kuku kaku kiriku
6. Andai kata kalau korang dapat nak belajar martial arts, apa yang korang nak ambil?
Martial art dari China ialah Wing Chun. Wing Chun is a concept-based Chinese martial art and form of self-defense utilising both striking and grappling while specialising in close-range combat.
From Japan pulak, Iaido , is a modern Japanese martial art/sport. Iaido is associated with the smooth, controlled movements of drawing the sword from its scabbard or saya, striking or cutting an opponent, removing blood from the blade, and then replacing the sword in the scabbard. Next, Ninjutsu is the strategy and tactics of unconventional warfare, guerrilla warfare and espionage purportedly practiced by the shinobi (commonly known outside of Japan as ninja). Ninjutsu was more an art of tricks than a martial art. Lepas tu, Kendo is a modern Japanese martial art, which descended from swordsmanship (kenjutsu) and uses bamboo swords (shinai) and protective armour (bōgu). Today, it is widely practiced within Japan and many other nations across the world.
Kalau kat Korea, Kumdo is a modern Korean martial art derived from Japanese Kendo. Though romanized in a number ways when written Kǒmdo or Geomdo the meaning remains "the way of the sword" and is cognate with the Japanese term.
7. Korang desperate sangat nak pi tandas. Bila korang buka pintu tandas tu, ada seekor biawak tersenyum setia menunggu anda. Reaksi korang?
Gila weii , tak tahann kot. Awat biawak tu boleh lepak situ pulakkk.
8. Ada tabiat pelik masa tidur tak? (Contoh jalan sambil tidur, hisap jari ke..)
Buat masa ni tak ada yang pelik lagi. hahaha
9. 3 perkataan untuk describe aku.
KPOPerss , Soft and Handsome :D
10. Korang rasa apa yang patut aku tambah dan buang dari blog ni? (Jawab dengan jujur~!)
Tak ada apaa, dah perfect buat masa ni :)

Sarahlalala tag me !

Sarahlalala tag me ! Sarahlalala tag me ! Sarahlalala tag me ! Sarahlalala tag me !
1. Nama panggilan dalam blog.
Opi :)
2.Currently studying or working? Kat mana?
Menganggur -.-
3. Paling minat dalam bidang apa?
Perfileman dan fotografi. I'm done with my Diploma in Photography and Creative Imaging at Lendu.
4. Suka baca buku/novel genre apa?
Suka baca buku yang MatLuthfi keluarkan :D
5. Paling selalu bukak blog pukul berapa dan hari apa?
12 pagi keatas, sebab time tu je ada masa free, and random je hari apa. Biasanya setiap hari akan bukak :)
6. Describe yourself personalities.
About my personalities ye ? Hmmm, seseoarang yang simple. Yeah, simple girl. Bila dress up, suka pakai warna hitam. Seluar/kain mesti warna hitam, baju hitam or kelabu or merah. Tudung always hitam. 2kaler warna je selalu pekenakan kat badan. Seorang yang garang dan tegas bila dalam hal yang serius. Baikhati*angkat bakul sendiri*. Dulu dikenali dengan gelaran 'takde perasaan' sbb bila tengok cerita sedih, opi dekk je, kena marah dekk je. Tapi sekarang, entahla, dah sensitive sikit. Sikit je la. Suka akan pada art & design. Happy go-lucky. Friendly. Positif :D
7. Dah berapa lama/tahun berblogging?
2011-2015 :D
8. Describe blog 'sarahlalala' dengan ownernya sekali. [sokayy, i want a sincerly from yur heart :)
Blog Sarah sangat simple. Opi suka :) Alololo, ownernya sangat cantik sbb tu dia tak tunjukkan siapa diri dia :P
9. Umur tahun 2015?
20 tahun

10question by Farzana

Soorryyy I terlalu suka lelaki badan macam tuuu . hahahaha *melting*
Opi kena tag oleh Farzana . Opi jawab ye Farzana. Maaf sebab lambat jawab soalan Farzana :) 
Opi punya lappy tengah format, Ni pun pinjam lappy adik Opi :)

✿ Anda suka berblogging tak ? Kenapa ?
Alhamdulillah , Opi suka. Sebab opi ni jarang nak baca buku , kalau kat blog, opi rajin sikit baca. hehe. Lepas tu opi suka blogwalking kalau ada masa. Baca baca apa info yg korang kongsikan :)

✿ Apa pendapat anda tentang orang yang mintak follow back, tapi dia tak follow pun blog awak?
Kurang suka. "kau fikir kauuu siapaaa?" - Yuna :D

✿ Berapa umur anda ?
20 tahun :)

✿ Hadiah yang amat di-idam-idamkan ?
Iphone 5/5s/6/6s/7 black , Macbook air/pro , kereta GTR/BMW/Skyline/Mitsubishi/Subaru , Motor berkuasa tinggi, rumah mewah*berangann* , Kamera DSLR with macam2 jenis lens , wang tunai 1juta :D

✿ Pukul berapa time anda tengah menaip ni ?
1:08AM

✿ Apa pandangan anda tentang blog saya ?
Simple* iluvit* , mudah memahami apa yg farzana nak sampaikan :)

✿ Beauty product yang anda amat suka & effective ?
Maybelline. Sangat berkesan dan memuaskan. Tapi kena ikut kulit jugak, ada kulit yg tak sesuai dengan Maybelline.

✿ Website online yang jual beauty product ?
Allah, tak berapa tahu la pulak sebab memang tak pernah usha beauty product kat online -.-' 
Yang opi tahu and pernah termasuk laman web beauty product ialah TheBodyShop, Maybelline *ni pun baru je lepas google tadi -.-

✿ Benda yang perlu ada time travelling ?
Kamera DSLR and money :D

✿ Bussiness class ke economy class best lagi ?
Maybe bussiness class

Segmen Bloglist #1 by Fieyqa Adelova


Assalamualaikum. Lama tak dengar opi bebelkan ? La ni pun dok paksa diri nak post kat blogger, sebab dah rindu sangat dengan kawan-kawan blogger ni. Laptop kena format. Tak dapat nak lepak lama lama kat depan laptop. Maafkan saya ye kawan kawan. Opi akan berusaha untuk blogwalking kat blog kawan-kawan yg singgah kat blog Opi ni :)
So harini , opi nak join Segmen Bloglist by Fieyqa kesayangan ni :)
Boleh klik banner untuk join . Marilah sama-sama kita mengeratkan lagi silaturahim diantara kita :)

Opi nak tag seorang kawan

Doodle credit : FIZZGRAPHIC

Sinopsis Telemovie Dia Imamku | Tv3

Dia Imamku’ menampilkan Aeril Zafril yang memegang watak Kamal, merupakan seorang jejaka tampan dan warak. Namun, akibat hasutan syaitan, dia telah berlaku curang terhadapa isteri tercintanya sehingga berlakunya perkara yang tidak diingini!
Apakah kejadian yang tidak diingini itu? Semuanya bakal terjawab dalam telefilem ‘Dia Imamku’ yang akan disiarkan sempena Maulidur Rasul pada hari Khamis, 24 Disember 2015 ini pada jam 10.00 malam di TV3 ini. Aeril Zafrel turut bergandingan dengan dua bintang yang semakin melonjak nama iaitu Tunku Hanis (Nelly) dan Sarah Hildebrand (Munirah). Sebuah karya Primeworks Studios dibawah arahan saudara Raja Ahmad Alaudin, telefilem ini juga turut dibantu oleh Rosnah Johari, dan Hafizul Kamal.
Kisah bermula dengan Kamal yang lebih dikenali sebagai Kamal 13th Floor yang tinggal di tingkat 13, menjadi kegilaan gadis-gadis di residen tersebut. Sungguhpun memiliki wajah tampan yang mampu memikat setiap gadis di apartmen tersebut, Kamal sebenarnya berpegang teguh pada ajaran Islam.
Nelly (Tunku Hanis), merupakan seorang gadis liar sering terserempak dengan Kamal. Dia cuba sedaya upaya memikat Kamal tetapi Kamal lebih tertarik dengan rakan Nelly iaitu Munirah (Sarah Hidebrand) yang bertudung.
Nelly sering meminta Munirah untuk menemannya apabila keluar bertemu Kamal. Tanpa disedari, dada Munirah begitu kencang setiap kali memandang Kamal tetapi Munirah tidak mahu merampas lelaki idaman rakan karibnya. Semenjak itu, Munirah mencuba untuk mengawal perasaannya setiap kali menemani Nelly bertemu Kamal sehingga satu hari Kamal ingin bertemu Munirah bersendirian. Ketika pertemuan itu, Kamal berjaya meyakinkan Munirah bahawa dia tidak mencintai Nelly, malah hatinya terpaut pada Munirah.
Tidak lama selepas meluahkan perasaannya, Kamal dan Munirah meminta restu percintaan mereka daripada Nelly. Nelly kelihatan keberatan untuk merestui percintaan mereka dan mula berdendam kepada Munirah. Dendam itu semakin parah apabila Munirah sering bercerita tentang Kamal kepadanya dan mereka akan berkahwin tidak lama lagi.
Setelah setahun Kamal dan Munirah berkahwin, Munirah akhirnya melahirkan seorang bayi perempuan yang dinamakan Nabila dan berpantang di kampung halamannya, meninggalkan Kamal di bandar. Termakan bisikan syaitan, Nelly mengambil peluang keemasan ini untuk merampas semula Kamal daripada Munirah dengan memerangkap Kamal untuk menidurinya.
Hancur lebur hati Munirah tatkala mengetahui suaminya mempunyai hubungan sulit dengan rakan karibnya. Suasana rumahnya amat tegang dengan adegan tikam lidah antara Munirah dan Kamal sehingga Kamal tidak percaya apabila mulutnya melafazkan kata

“…aku ceraikan kau Munirah Malik dengan talak satu..”

Puaskah hati Nelly yang berjaya merobohkan masjid Kamal dan Munirah? Adakah jodoh Kamal dan Munirah terhenti disitu sahaja? Saksikan telefilem “Dia Imamku”, Khamis ini, 24 Disember 2015 pada jam 10.00 malam sempena Maulidur Rasul untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan-persoalan itu.

Selawat Maulidur Rasul

Selawat Maulidur Rasul Selawat Maulidur Rasul Selawat Maulidur Rasul Selawat Maulidur Rasul
selawat maulidur rasul
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ
Selawat Allah ke atasmu
أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ
Wajah gembira sepanjang hayat
أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ
Kaulah menyuluhi jiwa
يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ
Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ
Wahai imam 2 kiblat
مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ
Kunjungi kami pada hari akhirat
عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ
Dengan segala amalan soleh
وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ
Empunya wajah berseri menawan
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ
Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya

Malu, Jagalah Aurat walaupun berseorangan.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Malu, Jagalah Aurat walaupun berseorangan. 

عَنْ بَهْزِ بْنِ حَكِيمٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ عَوْرَاتُنَا مَا نَأْتِي مِنْهَا وَمَا نَذَرُ قَالَ احْفَظْ عَوْرَتَكَ إِلَّا مِنْ زَوْجَتِكَ أَوْ مَا مَلَكَتْ يَمِينُكَ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِذَا كَانَ الْقَوْمُ بَعْضُهُمْ فِي بَعْضٍ قَالَ إِنْ اسْتَطَعْتَ أَنْ لَا يَرَيَنَّهَا أَحَدٌ فَلَا يَرَيَنَّهَا قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِذَا كَانَ أَحَدُنَا خَالِيًا قَالَ اللَّهُ أَحَقُّ أَنْ يُسْتَحْيَا مِنْهُ مِنْ النَّاسِ

Dari Bahz bin Hakim dari bapaknya dari neneknya ia berkata, "Aku bertanya, "Wahai Rasulullah, tentang aurat kami, siapakah yang boleh kami perlihatkan dan siapa yang tidak boleh?" beliau menjawab: "Jagalah auratmu kecuali kepada isteri atau budak yang kamu miliki." Ia berkata, "Aku bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana dengan suatu kaum saling bercampur dalam satu tempat (yang mereka saling melihat aurat antara satu dengan yang lain)?" beliau menjawab: "Jika kamu mampu, maka jangan sampai ada seorang pun yang melihatnya." Ia berkata, "Aku bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana jika salah seorang dari kami sedang sendiri?" beliau menjawab: "Allah lebih berhak untuk kamu malu darinya dari pada manusia."
(HR Abu Daud No: 3501)

Pengajaran:

1.  Setiap Muslim perlu sentiasa menjaga auratnya kecuali kepada isteri, anak-anak serta hambanya

2.  Elakkan mendedah aurat sehingga boleh dilihat oleh orang lain

3.  Pelihara aurat agar tidak dilihat oleh sesiapa walaupun ketika bersendirian.

4.  Malulah kepada Allah walaupun tidak dilihat oleh manusia.
JOM pelihara aurat kita.


Opi kena tag oleh Ash-ken!

Assalamualaikum.
 Opi ditag oleh Blogger yang comel ni :)
Thanks sbb tag opi Ash-ken :)
Soooo,
Let's get start it !!
10question by Ash-ken


 What are you wearing?
Pyjamas . Mak ai , dah petang masih pakai baju tidur. well, bukan nak kemana punn , duduk rumah je pun :P

 How old are you?
2something :D

 Favorite quotes?
"Go marry someone you know , marry someone you have seen his disappointment and anger, and you know you can handle ithem. Go marry someone you truly love."-Matluthfi2015

 Favorite song?
Semua lagu BigBang

 Favorite piece of jewelry?
Tak suka pakai jewelry :D

 What instruments do you play?
Main piano kat handphone je mampu, tu pun asyik kalah je. hahaa

 The book you're currently reading?
Buku ? Lama tak baca buku, last baca buku matluthfi, "Catatan Matluthfi"

 Someone you miss?
Friends . Family dokat dokat jaa, asyik berjumpa ja, pusing muka sikit dah nampak :D

 The realationship between you and the person you last texted?
Client but also my sister because she older than me 

 Who should answer these questions next?
I want to end this question at here :D 

14 Alasan Jangan Tidur Selepas Solat Subuh



1.Nabi SAW bersabda maksudnya, “Barang siapa yang mengerjakan solat bardain (subuh dan asar) maka dia akan masuk syurga”(HR.Bukhari 574 & Muslim 635)

2. “..Barangsiapa yang solat subuh berjamaah maka seolah-olah ia telah solat seluruh malamnya” (HR.Muslim no.656)

3. Menurut HR.Muslim, setelah solat subuh biasanya Rasul memperpanjang wirid & zikir sampai terbit matahari.

4. Kebiasaan Rasul juga mendoakan keberkahan bagi umatnya diwaktu pagi. Sebagaimana terdapat dalam Sunan Tirmidzi dan Sunan Abu Daud dan lainnya dari hadis Sakhr bin Wada’ah al Ghamidi radliyallahu ‘anhu, bahwasannya Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Ya Allah berikanlah berkah kepada umatku di pagi hari mereka”. Ini adalah doa yang agung yang Rasulullah panjatkan agar umatnya memberi perhatian yang besar kepada waktu pagi.

5. Diceritakan bahwa para sahabat juga membenci tidur setelah subuh & melarang anak-anak mereka melakukan itu.

Dari ‘Urwahin bin Zubair, beliau mengatakan, “Dulu Zubair melarang anak-anaknya untuk tidur di waktu pagi”
Urwah mengatakan, “Sungguh jika aku mendengar bahawa seorang itu tidur di waktu pagi maka aku pun merasa tidak suka dengan dirinya”. [Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah no 25442 dengan sanad yang sahih].

6. Aktiviti yang lebih bermanfaat bagi dunia & akhirat lebih baik dikerjakan daripada tidur setelah subuh.

7. Namun begitu,hukum tidur setelah subuh tetap harus,apalagi jika ada keperluan kerana bekerja di waktu malam untuk kesegaran saat menjalani hari.

8. Secara ilmiah dari berbagai rujukan, tidur setelah subuh dapat menyebabkan kepikunan (nyanyuk). Wallahu A’lam.

9. Amalan sihat Rasul salah satunya adalah bangun sebelum subuh (untuk solat malam) & beraktiviti setelah subuh

10. Yahudi sangat takut jika jama’ah solat subuh sama banyaknya dengan jama’ah solat Jumaat..

11. 2 rakaat solat sunat sebelum subuh lebih baik daripada dunia & isinya (HR.Muslim).Setelah dapat pahala besar,lanjut kebaikan lainnya

12. “Dan kami jadikan malam sebagai pakaian & Kami jadikan siang untuk mencari penghidupan” (Surah. An-Naba ayat 10-11).

13. Firman Allah SWT maksudnya, “Apabila sudah solat maka bertebaranlah kamu dibumi,carilah karuniaNya & ingatlah Allah supaya beruntung(Surah .Al-Jumu’ah ayat 10)

14. Nabi SAW bersabda maksudnya, “Bersegeralah dalam mencari rezki dan keperluan,kerana didalamnya terdapat keberkahan dan kejayaan (HR.At-Tirmidzi)


 Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer di Facebook.

6 Things Mentally Strong People Do


6 Things Mentally Strong People Do

1. They move on. They dont't waste time feeling sorry for themselves.
2. They embrace change. They welcome challenges.
3. They stay happy. They don't waste energy on things they can't control.
4. They are kind, fair and unafraid to speak up.
5. They are willing to take calculated risks.
6. They celebrate other people's success. They don't resent that success.



Segmen Bloglist Encik Kidal 2.0

Assalamualaikum .
Dah lama opi tak update blog, sbbnya terlalu sibukkan diri dengan mimpi-mimpi indah :D tidur
Harini nak join satu segmen. Opi di tag oleh Nurul Fadhilah Solah |  Ukhti Ninja

  - Kenapa dan sejak bila korang jadi blogger?
Kenapa : Nak tambah kenalan dan kenal apa itu </head> , </body> , <head> semua tu ... pecah kepala bhai nak edit blog, banyak gila code code rumit yg macam cacing tu. warna warni pulak tu. merah ada, biru hijau semua ada. Sebab apa nak kenal natang semua tu? Sebab nak biasakan mata ni dengan code code , macam mana nak jadi hacker kalau tengok code sikit dah acah-acah rabun :D dulu la cita-cita nak jadi hacker
Sejak bila : Opi 'lemas' dalam dunia blogger ni pada tahun 2011 , setahun sebelum Opi SPM. Time tu ada banyak masa , so boleh la jinak2 dengan dunia blogging ni. Lepas je tahun 2012 dan seterusnya, dah jarang duduk depan lappy nak update blog. 

     - Macam mana korang boleh dapat banyak idea untuk di update?
Banyakkan buat research. Betull , aku pernah kena marah dengan kawan sbb sebarkan benda yg aku sendiri tak sahih , tak tahu. Sekali kena marah ngan dia, terdiam la Opi buat beberapa hari . huhuhu. ni tak ada kena mengena dengan blog -.-' just pengajaran je untuk semua. hahahaha
Opi tak banyak idea pun nak update blog, kadang-kadang kalau nampak Opi selalu post mesti pasal segmen, giveaway or yang seumpama dengannya :) 

     - Berapa lama masa yang korang ambik nak tulis satu entry?
Tengok keadaaan. Maybe dalam 1jam jugak la, sbb type asyik typo je, type backspace type backspace, mana tak sampai satu jam -.- letih tahu tak type asyik nak kena backspace :( jari pendek :D salahkan jari pulak

Opi nak tag budak kenit ni , Igs :D

Segmen Blogwalking + Bloglist

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


(klik banner kalau nak join sekali)

Saguhati kepada yang bertuah:

10 blog bertuah dimasukkan ke dalam bloglist blog shawal mulai 1 - 31 January 2016.
2 blog bertuah direview (entry melekat selama 1 hari)
seorang blogger bertuah dapat top up RM10

Tarikh Tamat : 29/12/2015 *Mungkin ada perubahan

YEAR END GIVEAWAY BY IMASHUE


Assalamualaik. Mari ramai-ramai join GA ni , tarikh tutup dah nak dekat, cepat-cepat la join takut terlupa pulak nanti :D

Opi nak tag IGS

Jauh di dalam lubuh hati Opi , Opi suka blog Ima , sebab warna theme blog sangat menarik dan comel je, sedap mata memandang :) I love it ^_^

HADIAH :
5X TOPUP RM10
*KALAU PENYERTAAN MELEBIHI JANGKAAN, HADIAH AKAN DITAMBAH.
TARIKH TUTUP GIVEAWAY :
30 DISEMBER2015
SENARAI PESERTA 

SENARAI PEMENANG


Segmen Blogwalking & Tambah Follower Hujung Tahun Part 2


Tarikh Tutup - 30 Disember 2015, jam 11.59 malam.

Senarai Peserta akan diupdate dari masa ke semasa, 5 Blog Peserta Bertuah yang dipilih secara random.org akan dimasukkan ke dalam bloglist blog ini untuk tahun 2016 Selamat Berblogwalking yer.

SENARAI PESERTA

First Mini Giveaway by Tashira

DUE DATE SEHINGGA 7 JANUARY 2016

* Pemenang akan dipilih melalui random.org

Sebanyak 12 orang pemenang dicari untuk mini giveaway ini. Jom meriahkan giveaway!

Kemana perginya followers Opi ?


Assalamualaikum. Ayat nak gempak je , tapi tak sampai tahap gempak dia tu . haha
Banyak juga opi dah baca entry pasal follower turun secara mendadak ni. Opi pun mengalami masalah yang sama. 
Pada awal tu still rilex lagi, sbb ingat tak kena. rupa-rupanya kena jugak . Hahaha. Mendadak la siot. tak tipu . hmm,  kenapa ye ? 

Tapi tak pe lah, redho dan pasrah je lah :(
lappy opi pun tgh problem tak boleh nak follow yg ada button 'follow' mcm opi tu , nnti dia keluar 
'Bad Request'
Error 400
tak tahu la lappy opi or mmg blogger yg problem skrg ni . sedih wei bila hilang org yg selama ni sokong opi tetba lesap mcm tu je :(

5question from BeehaAzman.

Assalamualaikum, opi kena tag oleh BeehaAzman ni :) Maaf la lambat respond ^_^ ni opi dah jawab, tapi opi malas nak tag org. kahkahkah. berakhir disini saja lah ye :D
Bolehkan? Jangan marah ye Beeha :O

1. Nama penuh dan nama manja korang?
SITI SORFIENA SYASHA BINTI MUHAMAD SUZAINYE dah cukup panjang dah kot. haha | nama manja? opi-chann. muahahahaha. mana ada, memain je. Nama manja yeee....  OPI la kot nama paling manja :P hahaha

2. Perkara apakah yang pernah mengecewakan anda?
Perpisahan. Paling taksuka time nak berpisah ngan kawan... dah habis sem or dah habis belajar. sedih . lepas tu lost contact. kecewa sangat :(

3. Postkan gambar kawan rapat yang paling anda rindui. If rakan anda mempunyai blog sila tagkan namanya.
Gambar lama #throwback #2012
Gambar lama #throwback #SPM2012
Okey , ni gambar lama gila T__T dari kiri , opi kenalkan kawan opi , nama dia SITI AMIRAH , tapi opi panggil dia Am . yg tengah pakai spek tu , NURUL AIZA SUHADA , opi panggil dia Aiza. and sebelah tu , SITI SORFIENA SYASHA , atau lebih dikenali as Opi . hahaha. diaorang tak ada blog , tapi diaorg ada facebook .  Rindu weii diaorg, walaupun dekat susah betul nak jumpa. ada je halangan . hahaha, semoga korang berjaya di dunia dan akhirat sahabat . muahh ciked :*
Gambar kecik ? memang tak nak kasi tenung lama lama pun. hahaha
Gambar lama #throwback #2013

4. Berikan lagu favourite anda.
English song - Linkin Park(Numb) , Falling in Reverse(Alone) , In Fair and Faith(Dream Catcher) , Arctic Monkey(Do I Wanna Know) , Shayn Ward(Until You)
ada banyak sebab pelbagai jenis genre :P rasa mcm ada je yg sama genre

Korea song : semua lagu BIGBANG & 2NE1 , Hyorin - Hello, Goodbye (You Who Came From The Stars OST , 2PM(I'll Be Back&Hands Up)

Japan song : semua lagu ONE OK ROCK , SEKAI NO OWARI(ANTI-HERO & SOS)


5. Nyatakan berapa bintang yang anda beri untuk blog Beeha.
Opi bagi Beeha LIMA BINTANG daripada 5 sbb opi suka blog Beeha :) so cute ^__^