PENGAMBILAN JUBAH GRADUAN | KAD JEMPUTAN & PELEKAT KENDERAAN

PENGAMBILAN JUBAH GRADUAN

sumber : google

Graduan hendaklah mengambil jubah pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. (Rujuk jadual sidang).

Proses pinjaman jubah dihentikan semasa sesi raptai berlangsung.

Sila bawa dokumen berikut semasa hari pengambilan jubah:-
A)     Borang Jubah Akademik Graduan yang telah ditandatangani
B)     Slip bayaran yuran konvokesyen yang telah dijelaskan
C)     Slip Kajian Pengesanan Graduan.

Graduan yang tidak dapat hadir semasa hari pengambilan jubah boleh mewakilkan orang lain dengan mengemukakan dokumen seperti di atas. (Rujuk Perkara 2)


PENTING:
Sila pastikan anda telah mengisi Kajian Pengesanan Graduan sebelum mengambil jubah.



KAD JEMPUTAN & PELEKAT KENDERAAN

Setiap graduan akan diberi satu kad jemputan untuk dua (2) orang tetamu dan satu pelekat kenderaan bagi menghadiri Istiadat Konvokesyen UiTM.

Kad jemputan tetamu dan pelekat kenderaan akan diberikan semasa pendaftaran pengambilan jubah.

Para tetamu yang tidak membawa kad jemputan tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.

Pelekat kenderaan hendaklah dilekatkan di cermin hadapan kenderaan yang membawa graduan.

Hanya kenderaan yang mempunyai pelekat kenderaan sahaja akan dibenarkan masuk ke kawasan kampus UiTM.


sumber : http://konvokesyen.uitm.edu.my/

No comments: