#tips : 23 Benda Yang Perlu Bawa Pergi Melancong .


Untuk percutian yang singkat dan bermakna. Persediaan dan keperluan sebelum pergi melancong kadang-kadang selalu dipandang remeh oleh ramai orang. Bila tiba di destinasi pelancongan, ramai yang mengeluh kerana ada barang yang tertinggal di rumah. Ada sahaja alasan mereka. Kadang-kadang barang penting seperti pasport dan kad pengenalan juga boleh tertinggal. Jangan pandang remeh pada persiapan barang-barang untuk pergi melancong. Kalau boleh, siapkan persediaan dan seawal yang mungkin. Buat senarai untuk lebih kemas. Jangan sampai hari-hari istimewa anda semua rosak kerana tertinggal barang penting. 
Jom kita baca apa barang-barang yang penting tu.
1. Baju Harian – 3Helai

Satu pakai . Satu basuh . Dobi banyak. Hantar pakaian anda di hotel / hostel memang mahal. Oleh itu, cari kedai dobi 24 jam biasa ataupun hostel yang ada coin laundry. Harganya amat berpatutan. Jika travel dengan kawan, basuhlah baju anda sama-sama bagi menjimatkan kos. Anda juga boleh basuh sendiri di bilik air tempat penginapan anda. Kalau melancong ketika musom kemarau atau summer time, memang baju cepat kering.
Bagi yang membawa beg berat dengan pakaian, ini tidak menjadi masalah jika anda memang merancang untuk percutian ‘luxury’.
2. Jeans / Seluar – 2 helai
Satu helai boleh dipakai untuk beberapa hari juga sebenarnya itupun kalau anda jenis yang tidak kuat berpeluh . Bagi perempuan yang sedang datang bulan ataupun ibu-ibu yang mempunyai anak kecil bersama, pastikan anda membawa seluar lebih.

3. Baju tidur – 2pasang
Ini adalah untuk berehat dengan selesa selepas penat bersiar-siar ketika melancong. Pakaian tidur yang longgar dan selesa dipakai amat digalakkan.

Read more ,