Bahaya Air Kencing Tikus

Bahaya Air Kencing TikusAllahyarham Izwan Pilus dan Din Beramboi adalah selebriti tanah air yang meninggal dunia kerana dijangkiti virus kencing tikus atau leptospirosis. Mungkin sebelum ini, jangkitan kencing tikus jarang berlaku, tetapi hakikatnya, penulis difahamkan yang ia bukanlah asing kepada penduduk negara ini. Dan siapa kata tikus kecil tak bahaya. Hei! Kecil-kecil kena air kencing dia pun kita dah boleh kritikal. Apa itu kencing tikus? Apa faktor? Tanda? Dan bagaimana langkah pencegahan?
Penyakit kencing tikus atau nama sainsnya Leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira yang disebarkan melalui haiwan. Jika tidak dirawat segera, penyakit ini boleh merebak dan membawa maut. Pada mulanya, bakteria ini dikenal pasti datangnya dari tikus. Namun kini, banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria ini, sama ada liar atau peliharaan. Haiwan dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit, tetapi sekadar menjadi pembawa dan tidak memindahkan jangkitan. Secara umumnya bakteria Leptospira boleh menjangkiti anjing, tikus dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.
kencing-tikus