NETFLIX : SWEET HOME (2020)


Assalamualaikum,

Hari ni opi nak share sikit Drama kat Netflix yang opi suka tengok, kita share 1-1 ye di setiap entry. Untuk permulaan, opi nak startkan dengan drama yang bergenres Scary, Dark, Suspenseful, Fantasy, Horror dan Thriller.

Tajuk drama tersebut ialah SWEET HOME . Ada 10 Episode sahaja. Memang penuh dengan suspen dan action. Opi suka sangat. Paling opi suka part Hyun-Su bukakan sayap dia buat pertama kali tu, Wow, cantikkk gilaa.. Opi perlukan season 2 >.< sebab nak tengok lagi kebolehan dia berlawan dengan monster kat luar pula. huhu. Opi sertakan ringkasan drama Sweet Home ni, 


"Cha Hyun-Su (Song Kang) adalah seorang pelajar sekolah menengah. Dia juga seorang yang suka menyendiri dan jarang meninggalkan biliknya. Dia enggan bercakap dengan ayah, ibu dan adik perempuannya. Suatu hari, seluruh keluarganya, kecuali dia, mati dalam kemalangan kereta. Cha Hyun-Su ditinggalkan sendirian. Dia bergerak ke sebuah pangsapuri kecil. Pada masa ini, fenomena misteri manusia berubah menjadi raksasa terjadi di seluruh dunia. Penduduk bangunan pangsapuri Cha Hyun-Su, termasuk Pyeon Sang-Wook (Lee Jin-Wook), berperang melawan raksasa ini dan berusaha bertahan."


Pelakon-pelakon :
Cerita tu semua berlaku kat dalam pangsapuri yang diaorg duduk, cuba korang bayangkan kalau berlaku kat korang, macam mana la agaknya reaksi kita kan, rasa-rasa kita watak yang mana 1 dalam drama ni? nak tahu? kena la tengok dulu drama ni. baru boleh bagitahu opi tauuu tau kat ruangan komen. Oh ya, ada sapa-sapa kat sini yang dah tengok drama Sweet Home ni? apa pandangan korang? Best ke tak best? Boleh share sikit dengan rakan-rakan yang lain? Boleh share diruangan komen ye. 

Bagi sapa-sapa yang tak ada account Netflix, tapi nak tengok juga Sweet Home, boleh tonton di Dramacool.. Opi sertakan link dibawah untuk menonton ye, Benda yang baik, kita share. :) Selamat menonton, jangan lupa kongsi komen korang kat ruangan komen ye.. Sekian terima kasih

Episode 10 : Sweet Home (2020)



Catatan:
1. Berdasarkan webcomic "Sweet Home" oleh Kim Kan-Bi & Hwang Young-Chan (pertama kali diterbitkan pada 12 Oktober 2017 melalui Naver Webtoon Corp.).
2. Imej pegun pertama dari siri drama.



No comments: