7 Tips Motivasi Pagi



Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :
 
1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
 2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
 3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
 4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!
 5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu.
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.  Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.  Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.
Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
 
6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea. 
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!  Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.
 7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. 
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.  Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.  Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.  Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Watak dan keperibadian mengikut kumpulan (group) darah .

 1. Golongan darah A :
- Biasanya org yg bergolongan darah A ini berkepala dingin, serius, sabar dan tenang.
- Orang yg bergolongan darah A ini mempunyai karekter yg tegas, boleh dipercayai namun keras kepala.
- Sebelum melakukan sesuatu mereka memikirkannya terlebih dahulu dan merencanakan segala sesuatu secara matang.Mereka mengerjakan segalanya dengan bersungguh-sungguh dan secara konsisten.
- Mereka berusaha membuat diri mereka sewajar dan seideal mungkin.
- Mereka boleh berada sendirian dan jauh dari orang.
- Mereka mencuba menekan perasaan mereka dan kenapa sering melakukan, sehingga kelihatan tegar, tetapi sebenarnya mereka mempunyai semangat yg lemah seperti mudah gugup dan sebagainya.
- Mereka cenderung berkeras terhadap orang yg tidak sependapat. Lantaran itu mereka cenderung berada di sekitar org yg bersifat yg sama .


2. Golongan darah B:
- Orang yg tergolong dlm kumpulan darah B ini cenderung untuk mendapat sesuatu dan tertarik terhadap segalanya.
- Mereka juga cenderung mempunyai terlalu banyak kegemaran dan hobby. Kalau sedang suka dengan sesuatu biasanya mereka asyik, namun kadang-kadang cepat juga bosan.
- Biasanya mereka boleh memilih mana yg lebih penting dan sekian banyak hal yg dikerjakannya.
- Mereka cenderung ingin menjadi nombor satu (terkenal dan menonjol) dalam berbagai hal sehingga dianggap segala-galanya sempurna. Biasanya mereka cenderung melalaikan sesuatu jika terfokus dgn kesibukan yg lain. Dengan kata lain, mereka tidak biasa mengerjakan sesuatu dengan serentak.
- Dari luar mereka kelihatan riang, bersemangat dan bercita-cita tinggi. Namun sebenarnya hal itu semuanya sama sekali berbeza dgn hakikat yg ada di dalam diri mereka.
- Mereka boleh dikatakan sebagai org yg tidak ingin bergaul dengan byk org, ketika tertentu dan tidak pula ketika tertentu yg lain.


3. Golongan darah O :
- Orang yg tergolong dlm kumpulan darah O, biasanya berperanan dlm menciptakan ghairah unuk sesuatu kumpulan, dan berperanan dlm menciptakan suatu keharmonian di antara para anggota kumpulan tersebut.
- Penampilan mereka dilihat sebagai orang yg menerima dan melaksanakan sesuatu dengan tenang. Mereka pandai menutupi sesuatu sehingga mereka kelihatan selalu riang, damai dan tidak punya masalah sama sekali. Tapi kalau tidak tahan, mereka pasti akan mencari tempat atau orang tertentu untuk dijadikan sebagai tempat mengadu.
- Mereka biasanya pemurah (baik hati), senang berbuat kebajikan, dermawan dan tidak keberatan mengeluarkan wang untuk orang lain.
- Mereka biasanya dicintai oleh semua orang , tapi mereka sebenarnya keras kepala juga, dans secara rahsia mempunyai pendapatanya sendiri tentang berbagai hal.
- Terhadap lain pihak, mereka sangat fleksibel dan sangat mudah menerima hal-hal yg baru.
- Mereka mudah dipengaruhi oleh org lain dan oleh apa yg mereka lihat, terutama melalui media massa.
- Mereka kadang-kadang kelihatan berkepala dingin dan dipercayai, tapi mereka sering tergelincir dan membuat kesalahan yg besar, kerana kurang berhati-hati. Tapi hal itu yg menyebabkan org yg bergolongan darah O ini dicintai.

4. Golongan darah A+B :
- Orang yg bergolongan darah A+B ini mempunyai perasaan yg sensitif dan lembut.
- Mereka prihatin dgn perasaan org lain dan selalu mengambil berat terhadap org lain.
- Di samping itu mereka juga bersikap tegas dgn diri mereka sendiri juga dgn org yg dekat dengannya.
- Mereka jadi cenderung kelihatan mempunyai dua kepribadian.
- Mereka sering menjadi org yg sentimen dan memikirkan sesuatu terlalu dalam.
- Mereka mempunyai banyak teman, tapi mereka memerlukan waktu untuk menyendiri bagi memikirkan persoalan-persoalan mereka.

kredit : Buku Misteri Aneh dan Ganjil Bukti Keagungan Allah