Empat Amalan Mudah Mencapai Redha Allah.


Berkata Syeikh Sya’rawi rahimahullah…

 Pertama : Bila kamu nampak semut, maka janganlah kamu membunuhnya. Carilah dengan itu wajah Allah, semoga Allah mengasihani kamu sebagai mana kamu mengasihaninya. Kamu ingatlah bahawa ia bertasbih kepada Allah, maka jangan engkau hentikan tasbih ini dengan membunuhnya.

 Kedua : Bila kamu nampak burung sedang minum air dari kolam, maka jangan lah kamu lalu di sebelahnya sehingga menakutkannya. Biarkan ia dengan perasaan yang aman. Engkau carilah dengan itu redha Allah, semoga Dia mengamankan kamu pada hari di mana, nyawa telah sampai di tenggorok.

 Ketiga : Bila kamu hendak mengalihkan kucing yang sedang mengganggu di tengah jalan, elak kan dari membuatnya terkejut. Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah memelihara engkau dari kematian yang mengejut.

 Keempat : Bila engkau terpaksa membuang sisa atau baki makanan, jadikanlah niat engkau hendak memberi makhluk lain makan. Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah mengurniakan engkau rezqi dari jalan yang tak disangka.

Bila engkau berniat menyebarkan perkataan-perkataan ini, niatkanlah dengannya kebaikan, semoga Allah melepaskan engkau dengannya kesusahan dari kesusahan dunia dan akhirat.

Oleh itu buatlah kebaikan walau sekecil mana pun kerana engkau tidak akan tahu amalan mana yang dapat memasukkan engkau ke syurga Allah SWT seluas langit dan bumi.

-Tuan Guru Dr Haron Din

5 sifat semulajadi LELAKI

Gambar sekadar hiasan entry kali ni :D
1. TIDAK SUKA BERGOSIP
Bagi sesetengah orang, mengetahui perihal orang lain adalah penting. Apatah lagi jika ianya menjadi bahan bualan orang sekeliling. Katanya tidak mahu ketinggalan informasi. Bagi lelaki lain pula kisahnya. Lelaki lebih gemar menunjukkan reaksi berdiam diri terutamanya apabila membicarakan hal peribadi orang lain. Bagi lelaki, bergosip adalah sesuatu yang tidak berfaedah dan membuang masa. Mereka lebih gemar memilih utk menyiapkan tugasan sendiri daripada mengambil tahu informasi yang tidak di perlukan. Jadi kamu tidak perlu berkecil hati jika teman lelaki kamu tidak minat terhadap sebarang gosip yang ingin kamu perkatakan.

2. SHOPPING CUKUP MENYEKSAKAN 
Orang perempuan, kalau bab bershopping memang tak payah disuruh. Kalau tak membeli pun, cukuplah sekadar cuci mata sahaja. Lelaki pula memang agak keberatan jika diminta utk menemani pasangannya keluar bershopping. Buang masa, antara alasan yang sering di suarakan. Apabila diminta pandangan tentang sesuatu barangan yang ingin di beli, reaksi yang di beri adalah secara acuh tak acuh sahaja. Mereka menganggap kalau tidak bershopping, masa terluang tersebut boleh di penuhi dengan aktiviti lain. Lelaki juga kurg senang kalau masa yang diambil untuk berbelanja sehingga berjam2 lamanya. Bagi lelaki tidak ada guna terlalu cerewet ketika memilih barangan.

3. GAGAL BERI JAWAPAN SEPERTI YANG DI HARAPKAN 
Sesetengah hal yang di bincangkan dgn pasangan ada kalanya memerlukan lebih perhatian dan tumpuan. Tetapi kebanyakkan lelaki lebih senang menjadi pendengar setia dan memberikan jawapan ala kadar sahaja apabila diminta pendapat mereka sedangkan dlm sesetengah keadaan. pasangannya tadi mmg memerlukan buah fikiran yang bernas utk membantunya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Jadi sekiranya berhadapan dgn situasi ini lelaki seharusnya bersifat lebih matang dan bukannya membuatkan mereka jadi gila dgn perangai acuh tak acuh kamu.

4. PERLU PERHATIAN KETIKA SAKIT
Tanpa kamu sedari seorg lelaki sebenarnya sangat senang sekiranya dilayan sebaik mungkin ketika sedang sakit. Ketika sakit, lelaki sering merengek dan mengeluh ingin di belai dan segala-galanya disediakan. Ini jelas menunjukkan ketika sakit lelaki mengharapkan pasangannya menumpukan sepenuh perhatian terhadap dirinya. Tetapi awas!! Jangan sekali2 mempraktikkannya ketika mereka sihat. Jika tidak kamu akan mendengar keluhan seperti “kenapalah saya di perlakukan seperti seorang bayi”Lelaki akan lebih bosan sekiranya tindak tanduknya di atur oleh org lain.

5. BANGGA APABILA ADA YANG MENGGODA 
Bila si dia keluar dating dgn kamu, tiba-tiba ada wanita yang mencuri pandang dgn satu pandangan yang penuh bermakna dan berminat. Dalam keadaan seperti ini lelaki akan berasa bangga dan merasakan saham masih tinggi walaupun sudah ada org di sebelah tetapi masih ada yang menunjukkan minat. Bila berhadapan dgn situasi ini, untuk “cover line” dgn wajah selamba si lelaki akan berkata “Jangan bimbang I tak akan tergoda kerana I sudah ada U !!”…Tetapi penjelasan yang diberikan ini sebenarnya masih tidak cukup utk menyakinkan pasangan di sebelah, malah ada yang merasakan kedudukan mereka masih tidak selamat. Oleh itu, awasi mata kamu!!

[BLOG REVIEW] #2 PEMENANG TOP REFERRAL 1ST PLACE BY BEEHA AZMAN


Terima kasih kepada dik Beeha kita sorang ni sebab bersungguh-sungguh buat blog review untuk blog opi :)
Yess, pandai Beeha. Opi dah tukar design blog sebanyak 3kali :D peka betul eh dik Beeha ni , kalau opi la, susah betul nak peka. Kadang2 je boleh peka kepada sesuatu benda. hahaha. Design blog dulu macam ni, yang kedua opi tak ingat and yang ketiga yang ini rasanya. Yang latest :)


Kalau ikutkan warna fav opi kan, opi suka warna hitam dengan merah. Ikutkan hati nak je designkan blog opi hitam merah.. tapi takpelah. hahaha, buat design photobook je la hitam merah :D 

Masuk je tahun 2016, opi tetibaaa minat warna putih :D bak kata Beeha "so much simple putih suci"
Kalau beeha dan kawan-kawan nak tahu la kan, maksud nama opi SORFIENA SYASHA ialah SORFIENA (BERSIH) dan SYASHA (BERSERI-SERI) hahahaha. kena tak dengan blog opi ? 
Thanks sudi singgah opi punya vscocam , boleh juga singgah 500px opi. banyak gambar opi update kat vscocam sbb tengah edit gambar alang-alang tu post ke acc vscocam :D 

Lastly, Thanks kepada semua yang sokong opi dalam dunia blogger :D *ada ke yang sokong? haha*
Semoga semua orang maju jaya kayh^^

5 Rahsia Kajol Kekal Cantik Seperti Tidak Dimamah Usia

Oleh Razzlyn Rosli

Buat penggemar filem Bollywood dah tentu korang familiar dengan pelakon yang memang cukup terkenal Kajol Devgan. Filem terbaru gandingan Kajol dan Shah Rukh Khan mendapat sambutan yang sangat mengalakkan. Bukan itu saja, penonton juga terkesima menyaksikan rupa paras Kajol yang semakin cantik dan seperti tidak dimamah usia.
Mesti ramai nak tahu, apa rahsia kecantikan atau tips yang diamalkan oleh Kajol.
1. Lakukan senaman 
Kajol mempunyai rutin senaman yang konsisten, latihan Kajol merupakan senaman beban yang sangat mudah dan asas. Kajol bersenam selama 2 jam setiap hari.
2. Elak dari terdedah sinaran matahari
“10 tahun saya bekerja berlakon di bawah terik mentari membuatkan kulit saya gelap. Kini saya tak lagi bekerja begitu, sebaliknya lebih banyak berada di rumah jadi kulit saya makin putih. Ia bukan kerana pembedahan,” ujarnya dalam Flimibeat.
Kajol mengatakan tona kulitnya makin cerah berbanding dahulu kerana dia mengelak dari terkena sinaran matahari.
3. Menjaga pemakanan & tidak makan makanan segera
Kajol juga menitik beratkan pola pemakanan dan tidak menyentuh makanan segera atau kudapan yang tidak menyihatkan. Dia percaya, pengambilan makanan berkhasiat dapat membekalkan tenaga berpanjangan kepada tubuh badan.
4. Minum air secukupnya
Untuk dapatkan kulit yang kekal cantik dan awet muda, pengambilan air sangat penting. Kajol mengamalkan minum air putih sebanyak 9 hingga 10 gelas sehari.
5. Cukup tidur
Ini antara rahsianya untuk kekal segar dan kekal muda. Ujar kajol, dia akan pastikan untuk mendapat tidur yang cukup antara 8 hingga 10 jam sehari.
“Saya tidurkan anak pada jam 9.30 malam dan saya sendiri akan lena selepas mereka melelapkan mata. Saya tidak berjaga lewat malam dan tidak menghadiri parti. Jika ada kerja malam, sebaik selesai saya akan terus pulang."

GIVEAWAY : KENANGAN MANIS 2015

Opi join Giveaway ni melalui blog lagi satu SINI

Assalamualaikum Cik Hani, dengan lafaz Bismillahirohmanirohim opi join segmen ni :)

Giveaway : Kenangan Manis 2015
Cik Hani minta kita sharekan serba sedikit tentang kenangan manis yang korang alami pada tahun lepas. ringkas tetapi padat! Wooow, nak kena padatkan betul2 ni :D
Biar gambar yang berbicara :)





Ni video masa opi Tunas Ilham . Tunas Ilham means diploma show tuu, nama untuk part 5 uitm melaka, kami pakai Tunas Ilham :) Sweet memory sebab dapat jumpa dengan kawan-kawan :)
Alhamdulillah, InshaAllah jumpa time konvo nanti ye kawan kawan :)


Tahniah Tahniah Tahniah from KALIA


Haritu opi ada join Segmen 2015 Kalia . Boleh tengok SINI kalau nak tengok entry opi .
Tadi opi blogwalking punya blogwalking dan terjumpa entry ni. Alhamdulillah. Opi menang untuk Segmen 2015 by Kalia ni :) Thanks Kalia. Sayang Kalia banyak banyak ^__^

hah, ni la senarai pemenang yang Kalia bagitahu tu :) Tahniah kepada semua pemenang . Klik banner untuk ke entry Kalia tauu ^^

Sayidah Napisah - "Mystery Gift"

Sarah 2.0 - "Hello Kitty Mug and Fashionista' Glasses"

Blackstar - "Bloglist"

Leyha - "Bloglist"

Liyana Zullkefly - "Mini Tasbih"

Haziqah - "Mini Tasbih"

Hazwani Husna - "Cambodia Fold Purse"

Yaya Yuki - "Mini Tasbih"

Syahril - "Mini Tasbih"

Sorfiena Suzainye - "Brown Shawl from Egypt"

Invisible - "Bloglist"

IGS - "Mystery Gift"

Yanie - "Bloglist"

Slytherin - "Bloglist"

Izyan - "Mystery Gift"

Rrai - "Mystery Gift"

Harlyznt - "Mystery Gift"

Ash-Ken - "Edit Blog"

Segmen Awak Orang Mana?


Opi nak banner warna #D4D4D4 atau yang seangkatan dengannya .

Assalamualaikum, Opi dah lama nak join segmen ni , tapi asyik terlupa je. Maaf. Harini baru dapat join sebab terblogwalking ke blog Rrai :)
Segmen ni tamat pada 22 Januari 2016
Okay, Opi asal / lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 


Tapi dah pindah Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, So secara officialnya opi orang Selangor ;)

Okayy, tempat tempat menarik di Kuala Lumpur ada banyak, tapi opi shorlistedkan ye :)

1- Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Dikenali sebagai Menara Berkembar Petronas @ Petronas Twin Tower @ KLCC

2. Zoo Negara, Kuala Lumpur
Entrance fee :
Dewasa (RM20)
Kanak-kanak (RM6)
Warga Emas (RM6)

3- Planetarium Negara
Entrance fee:
Galeri : Percuma
Teater angkasa :
Warganegara
Dewasa – RM6,
Kanak-kanak bawah 12 tahun – RM4
Bukan warganegara
Dewasa – RM12
Kanak-kanak bawah 12 tahun – RM8

4- Petrosains, KLCC
Petrosains yang sangat menarik. Ibu bapa boleh bawa anak-anak semasa cuti sekolah.

Attractions : Dark ride, Dinasour and etc

 5. KL Bird Park, Kuala Lumpur
Kuala Lumpur Bird Park atau lebih dikenali KL Bird Park menjadi tarikan kerana terdapat pelbagai jenis burung.

Entrance fees :
Dewasa – RM20
Kanak-kanak 3 -12 tahun – RM10

6- Butterfly Park @ Taman Rama-rama Kuala Lumpur
Fakta : Taman rama-rama mempunyai lebih  6,000 rama-rama dalam 120 species.
Bagi ibu bapa yang ingin membawa anak bercuti, boleh melawat tempat menarik di Kuala Lumpur. Ibaratnya, melancong sambil belajar. Anak-anak pasti berminat dengan suasana begini.

7. Aquaria KLCC
Fakta :

Aquaria KLCC mempunyai Lorong Underwater paling panjang di Malaysia iaitu 90 Meter.
Aquaria KLCC Mempuyai tank ikan terbesar di Malaysia dengan isian air masin sebanyak 2.5 juta liter
Aquaria KLCC Mempunyai tangki tube yang di reka berdasarkan Tasik Kenyir Terengganu setinggi 15 kaki
Yang terakhir Aquaria KLCC adalah Aquarium di Malaysia yang dibenarkan untuk mempamerkan lebih kurang 200 ekor ikan Red-bellied Piranhas. Piranhas? tau?  Tak tau google.. 
Harga tiket Masuk Aquaria KLCC

Dewasa : Biasa RM53, Mykad – RM40
Kanak-kanak (3-12 tahun) : Biasa Rm42, Mykad – RM30
60 Tahun ke atas : Biasa RM32, Mykad RM30
Station Aquarius – RM5 untuk seorang

Okay, kita masuk ke lokasi yang menarik di sekitar Selangor pula,
1.The Kabin, Pantai Remis, Jeram, Selangor | Hotel Kontena
2. i-City , Shah Alam
3. Sunway Lagoon, Petaling Jaya
4. Kelip-kelip Kampung Kuantan , Kuala Selangor
5. Taman Botani, Shah Alam

Tempat2 tu bila korang search kat google akan keluar tempat2 tu, So dah biasa sangat.. hahaha *ada je tempat2 yg opi tak p lagi -.-*

Tempat tempat ni pulak jarang orang tahu tapi merupakan tempat percutian yang menarik untuk korang singgah :)
1. Homestay Kampung Sungai Haji Dorani , Sungai Besar
2. Amverton Cove Golf & Island Resort  , Pulau Carey
3. Air Terjun Kemensah , Ulu Kelang
4. Asian Water Sports Village , Puchong
5. AVANI Sepang Goldcoast Resort, Sepang
6. Gold Coast Morib Resort , Banting
7. Air Terjun Kanching, Selayang
8. Bukit Gasing, Selayang

Kat Bandar Puncak Alam apa yang ada ?  Hahaha, tak banyak punnn, antaranya ialah
1. UiTM Kampus Puncak Alam.
2. McD Puncak Alam.
3. Tesco
4. Econsave
5.Puncak Bestari
6. Petronas
5. Kedai-kedai dan perumahan

Gambar tak ada sebab nak bagi suspends sikitt, nak tahu , korang copy la tajuk lokasi yang korang rasa nak tahu tu and search kat google. Hahaha, jahat pula opi harini :D
Okayy, itu je opi nak kongsikan dengan korang :) Selamat bercuti suatu hari nanti bersama keluarga or kengkawan kayyh :)

[PEMENANG] BLOG REVIEW BY BEEHA AZMAN FOR TOP REFERRAL

Assalamualaikum, Opi tengah blogwalking tadi, tetiba tergerak hati nak usha blog Beeha Azman ni , and opi tengok Beeha punya latest post and ternampak Beeha umumkan untuk pemenang blog review haritu. oh okey la, opi pun tekan la post tu , memang tak expect langsung opi menang, Alhamdulillah. For 1st place pulak tu, thanks kepada yang singgah blog opi :) Sayang korang ketat-ketat ^__^

Clearance at UiTM Lendu , Melaka


Assalamualaikum. 
3hari jugak la Opi dah tak bukak blog, sebab busy sikit :) Maaf ye. nanti opi blogwalking ^^
Pada 11.1.2016 Opi meluangkan masa dengan pergi ke UiTM Lendu , Melaka untuk buat clearance. Setahu opi , kita kena buat clearance before kita konvo right. so Isnin lepas je opi ngan kawan-kawan ada masa untuk datang melaka :)
 Untuk pengetahuan yang bakal konvo or yang akan buat clearance tapi tak tahu nak pergi mana, meh sini opi share kan sedikit.
First step bila korang dah masuk lendu tu , terus pergi ke HEA ambil borang clearance kat meja tu dan isi dan boleh pergi ke lokasi lokasi untuk ditandatangani tu :)
So kat situ ada 6 orang kena tandatangan borang ni, tak kisah nak ikut urutan ke tak. So bagi opi , opi pergi perpustakaan dulu, next opi gerak ke bendahari.Time kat bendahari tu, korang boleh cakap korang nak bayar untuk Mini Transkrip sekali.

total dalam rm1 sahaja.  Nanti pihak bendahari akan bagi salinan pembayaran.
Haritu kami tak tahu kena bayar kat mana, ingat kat HEA, dah sampai HEA terpaksala kami patah balik ke Bendahari untuk bayar transkrip -.-
   
Ini kat Unit Koko . Encik tu yang tandatangankan borang kami.

Lepas opi g bendahari , opi pergi unit koko , atas pejabat bendahari sahaja. next kami pergi bilik ketua FSSR kami untuk dapatkan tandatangan dan kemudian kami gerak ke unit kolej . And lastly, kami ke HEA untuk serahkan kembali borang tamat tu. Kat sana nanti kita kena serahkan kad matric kita. Diaorg akan ambil semula, alasannya takut kita masuk UiTM sesuka hati. Jangan lupa tunjukkan resit pembayaran untuk mini transkrip tu , nnti pihak HEA akan kasi mini transkrip untuk kita. 
Okeyy, dah siapp :) Korang boleh la selfie kat mana-mana korang nak selfie :) kat depan HEA ke, HEP ke, tak kisah :D 
Kami datang tenghari, memang panaass gila la jawabnyaa. Kat panas sekarang lain macam. huhu. Duduk rumah sebulan nak putih kan muka, g melaka, sekajap je dah hitam balik. hahaha, nasib kau la labu,
Kat uitm kami banyak lepak kat studio je, borak2 ngan lect :)
    
Lepas selesai kerja kat UITM, kami ke Pantai Klebang untuk tengok matahari terbenam bersama Ipah, Aida n Izzah :)
  

  

Terima Kasih kerana sudi membaca :)

Amalan Masuk Syurga Dengan Selamat


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amalan Masuk Syurga Dengan Selamat

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَلَامٍ قَالَ لَمَّا قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ انْجَفَلَ النَّاسُ إِلَيْهِ وَقِيلَ قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجِئْتُ فِي النَّاسِ لِأَنْظُرَ إِلَيْهِ فَلَمَّا اسْتَثْبَتُّ وَجْهَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَرَفْتُ أَنَّ وَجْهَهُ لَيْسَ بِوَجْهِ كَذَّابٍ وَكَانَ أَوَّلُ شَيْءٍ تَكَلَّمَ بِهِ أَنْ قَالَ أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلَامَ وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ وَصَلُّوا وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلَام
ٍ
Dari Abdullah bin Salam berkata: Ketika Rasulullah SAW tiba di Madinah, orang-orang bergegas menyambut beliau sambil mengucapkan: Rasulullah SAW datang, Rasulullah SAW datang, Rasulullah SAW datang, " aku mendatangi orang orang untuk melihat mereka, dan ketika aku telah memastikan wajah Rasulullah SAW, aku baru faham bahwa wajah beliau bukanlah wajah wajah pendusta, dan yang pertama kali beliau ucapkan adalah: "Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makanan dan laksanakanlah solat pada waktu manusia tidur, nescaya kalian akan masuk syurga dengan selamat." (HR Tirmizi No: 2409)

Pengajaran:

1.  Sebagai Muslim, jadilah seorang yang menjadi contoh dan kebaikan kepada orang lain sama ada melalui penampilan tubuh badan mahupun tuturkata yang baik.

2.  Abdullah bin Salam masuk Islam kerana tertarik dengan peribadi yang jujur dan tutur kata yang baik pada Rasulullah SAW.

3.  Seorang Muslim boleh masuk syurga dengan selamat melalui amalan berikut:

a.  Menyebarkan salam
b.  Memberi makan kepada orang lain
c.  Melaksanakan solat sunat malam ketika orang tidur

JOM bersifat RAHMAH melalui penyebaran salam, memberi makan kepada yang perlu serta solat qiamullail di malam hari.

HOODPATH Travel Blog Giveaway 1.0

Klik banner for join :)

Nama : Siti Sorfiena Syasha
Link : http://ash-tsukidate.blogspot.my/2016/01/hoodpath-travel-blog-giveaway-10.html
Instagram : @oppiependragon
Entry kesukaan : http://www.missdae.blogspot.my/2013/10/travel-log.html 
Saya suka baca travel log akak sebab kat situ saya boleh klik link satu persatu dan baca entry akak satu persatu. huhuhu, best sangat travel masa muda muda T___T Nak join akak pergi travel suatu hari nanti lahh :D InshaAllah.

#Update:

Opi tengok senarai peserta tadi, dan opi nampak nama opi :) Dan opi terkejut sebab opi dapat (X) kat Follow n Facebook sebab opi dah buat semuanya :)

Seee, opi dah like lama tauu. Bukan baru like :D


Serius opi dah follow akak lamaaaa dahh, masa nak join GA ni, tapi bila opi tekan balik button follow kat blog akan dia keluar balik macam kat bawa ni, I dont know why, tapi opi memang dah followw.

Okay kak , opi dah boleh follow akak. sorry for my mistake. tak tahu kenapa sebelum ni dah follow, lepas tu dia unfollow balik. opi check kat blog kawan opi , jadi mcm tu juga-.-' opi follow dia balikk, jadi balik macam kita tak follow dia, follow balik dan follow balik sampai berjaya :D