Berjabat Tangan Diampunkan Dosa




PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berjabat Tangan Diampunkan Dosa

عَنْ الْبَرَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ فَيَتَصَافَحَانِ إِلَّا غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَفْتَرِقَا

Dari Al Bara` ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah dua orang muslim bertemu lalu berjabat tangan kecuali Allah akan memberi ampunan kepada keduanya sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud No: 4536)

Pengajaran:

1.  Rasulullah mengajar adab ketika bertemu sesama muslim adalah mengucapkan salam dan berjabat tangan

2.  Dua orang yang bertemu dan saling berjabat tangan, keduanya akan diampunkan Allah sebelum mereka berpisah

3.  Berjabat tangan adalah antara sebab pengampunan dosa seseorang

Ayuh lakukan amalan yang terpuji dan mendapat keampunan Allah

Tarikh Beli Nombor Pin Unik ID UPU Sesi 2016/ 2017

Tarikh mula beli Nombor Pin Unik ID UPU IPTA sesi akademik 2016/ 2017. Bagi pemohon lepasan SPM, STPM dan setaraf yang ingin mengemukakan permohonan online kemasukan ke IPTA, pembelian nombor Unik ID UPU/ Politeknik/ ILKA sesi 2016/ 2017 akan dibuka mulai 18 Januari 2016 hingga 5 April 2016. Berikut adalah cara pembelian nombor pin kemasukan ke upu bagi sesi 2016/ 2017.

upu-2016-2017

Pengumuman Terkini Kemasukan UPU 2016/ 2017

Pembelian No. Unik ID & Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik & ILKA Bagi Sesi Akademik 2016/2017 boleh dibeli mulai 18 Januari 2016 hingga 5 April 2016.

Borang UPU Online Sesi 2016/ 2017

Sila layari http://upu.moe.gov.my/web/ mulai 18 Januari 2016 hingga 5 April 2016

Kategori Permohonan Online UPU Sesi 2016/ 2017

  • Kategori Lepasan SPM/ Setaraf: Lepasan SPM, Sijil SKM, Sijil ILKA, Sijil Kolej Komuniti
  • Kategori Lepasan STPM/ Setaraf: Lepasan STPM, Matrikulasi, Diploma, Asasi, Asasi UITM
Cara Beli Nombor Pin (Unik ID) UPU

  • Sila hadirkan diri ke Bank Simpanan Nasional yang berhampiran dengan kediaman anda
  • Ambil nombor giliran dan nyatakan tujuan anda seperti membeli nombor pin untuk permohonan
  • Anda perlu isi nama dan nombor ic pada slip deposit ( Berwarna Biru) seperti yang tertera dibawah
  • Pergi kaunter dan buat pembayaran
  • Untuk permohonan UPU: RM15.64 (Termasuk GST)

Contoh Slip Salinan Pembelian No Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN)
http://www.melvister.com/wp-content/uploads/2012/12/no-unik-id-bsn-upu.jpg

Saluran Pembelian Nombor Unik ID UPU 2016/ 2017

  • Menerusi Kaunter BSN
  • Mesin ATM BSN
  • BSN Online Banking
Tarikh Tutup Jualan Nombor Pin UPU 2016/ 2017

4 April 2016

Soalan Lazim Permohonan UPU  Sesi Akademik 2016/ 2017

  • Permohonan melalui BPKP (UPU) bagi Sesi Akademik 2016/2017 dijangka akan dibuka mulai Minggu Ketiga Januari 2016 sehingga April 2016.
  • Permohonan melalui BPKP (UPU) hanya setahun sekali yang merangkumi permohonan bagi Lepasan SPM/Setaraf (ke Diploma & Sijil) dan Lepasan STPM/Setaraf (ke Ijazah).
  • Bagi pemohon yang ingin mengemukakan permohonan untuk menyambung “Master”, pemohon perlu mengemukakan permohonan terus kepada IPTA bukan melalui BPKP (UPU).
  • Proses pengambilan kedua diuruskan sepenuhnya oleh pihak IPTA. Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) tidak terlibat sama sekali dalam proses pengambilan kedua yang telah dijalankan oleh pihak IPTA/Institusi. Sebarang pertanyaan berkenaan maklumat pengambilan yang seterusnya sila hubungi pihak IPTA/Institusi berkenaan.
  • Permohonan yang lulus tidak boleh dipinda atau diubah lokasi IPTA mahupun Kursus
  • Jika anda telah memohon UPU, anda masih layak untuk menerima tawaran Matrikulasi/ Maktab Perguruan

Tarikh Penting Permohonan UPU 2016/ 2017

tarikh-penting

sumber : 1



BLOG AWARD 2016 BY HANAH

3 Terbaik Kombinasi Gaya Rambut dan Jambang

Akhir-akhir ini gaya rambut yang dikombinasikan dengan jambang semakin populer. Berikut 3 terbaik kombinasi gaya rambut dan jambang yang bisa dijadikan referensi.

1. THE UNDERCUT
     

2. THE QUIFF
    

3. THE MAN BUN

Daripada tiga tiga jenis kombinasi gaya rambut dan jambang, opi paling suka The Man Bun . Hahahaha, Comel gituu. Tapii, bila dia tak ikat rambut, masyaAllah panjang rambut dia tu kalah perempuan :D Opi bagitahu macam tu pun sebab opi ada kawan buat kombinasi macam ni dulu, sebab tu opi tahu bila dia lepaskan rambut tu macam mana rupanyaa :D

So korang punya pilihan yang mana satu ? 

GIVEAWAY January 2016 By Mezquitalifestyle



Komen untuk blog Mezquita Lifestyle is "Lawaaaanya blogg, comell sangat. lembutt je mata memandang :)"
  • GiveAway adalah bermula dari 17 / 01 / 2016 sehingga 23 / 01 / 2016 (11.59pm)
  • Pengumuman pemenang berdasarkan Random.Org pada 25 / 01 /2016

HADIAH PENYERTAAN 
  • Pemenang akan bertuah adalah sebanyak 3 Orang sahaja 
  • Hadiah adalah Rahsia tapi ikhlas dari hati yang memberi.