SEPULUH SOALAN by Blogger Nur Sabrina

Assalamualaikum, 
Untuk pertama sekali , opi nak ucapkan terima kasih kat Sab sebab sudi tag opi untuk Tag & Question game ni . Dah lama opi tak buat benda-benda macam ni. hahaha, thanks Sab sebab sudi tag opi :) Opi betul2 hargainya ;) Sab dah tag opi lama, tapi harini baru dapat buat , sbb harini rajin nak menaip dan perah otak. Entry opi banyak gambar supaya korang tak bosan baca tulisann je memanjang :D

Dan untuk pengetahuan semua, segmen tag and question ni ada rules nya tersendiri yang mana blogger yang ditag untuk menjawab soalan blogger berkenaan mestilah menjawab keseluruhan soalan yang dia dapat dan kemudian mencipta soalan baru dan ditag kepada SEPULUH blogger yang lain pula. Haa. 

Jom baca opi punya jawapan :D
1) Kenalkan diri awak kepada dunia (Buat ayat meletup bombastik)
Kepada dunia ? alaaa, opi segan laah . Serius segan. hahaha. Sekurang-kurangnya kalau boleh , korang just kenal nama owner blogger ni pun jadi lah :) Just call me Opi for short , oppiependragon for long. Sama perangai macam Jihyo, boleh tidur lama.. 24jam ? 12jam ? tiada masalah. hahaha. haritu pernah tidur 2 hari sebab terlalu penat dan sebab lain tidak boleh diberitahu. :D Warna favourite Hitam, Merah, Putih, Biru. Anak sulung daripada 7adik beradik. 
2) Perkara pertama yang terlintas masa first time datang blog Sab. 
"Cantik giler" . Seriuss, "lawaa, comel sangat" blogg Sab sangat cantik dan menawan :) tidak dinafiknn ^_^ 
3) Perkara yang awak takutkan hal itu terjadi dalam hidup awak. 
Kawin. kenapa kawin ? sebab bila dah kawin , tanggungjawab sangat besar, takut opi tak dapat nak laksanakan dengan baik. huhu, lepas tu nak kena duduk ngan mak mentua, fulamak, tu lagi cuak. kalau mak mentua jenis kelakar2 tak pelah jugak. haha, ni kalau buat sikit tak kena, buat itu , baling pingan, habislah :( lepas tu kena kawin dengan pilihan ibu, lagiii cuak. entah siapa siapa la suami opi nanti T_______T
4) Pernah rasa jealous dengan kehidupan orang lain? Jika ya, kenapa?
Pernah. sebab fikir kalau dia boleh kenapa opi tak boleh? opi dah usaha tapi dia lagi usaha lebih, dia fikir kan masa depan, eh , opi pun fikir masa depan, tapi kenapa dia lagi berjaya. Mungkin itu rezeki dia :) InshaAllah rezeki opi akan sampai juga nnti , cuma lambat dan cepat je. Bersabarlah wahai diri. hahaha
5) Pernah meminati seseorang dalam diam? Kenapa minat dia eh? 
Ya Allah , tipu la kalau tak pernah meminati seseorang. Kalau opi , bukan sorang, belambak. kahkahkah. Kenalan rapat opi semua tahu opi minat Matluthfi. alaa, kat tepi blog opi ni pun ada entry pasal Matluthfi tu . Minat dia sebab dia org kedah, pandai, kelakar... tu semua ttg dia yg org ramai tahu melalui vlog dia. klu dengan lebih mendalam, hanya org2 yg terdekat dia je tahu :)
Oh ya, kat uitm tu , punyala ramai yg sedap mata memandang, tapi semua laki orang, dah couple, Lagi pun opi tak minat nak couple2 ni , lebih selesa kalau berkawan dengan semua orang, layan semua sama rata, tak ada nak lebih kan dia, lebihkan kau. hah, cemtu, Opi dalam bidang foto , so akan deal ngan model-model. model model kan handsome2 , mana boleh ambil yg biasa2. memang cuci mata la dalam studio kalau tgh shooting, kalau kawan tgh shooting, opi tolong, sambil2 tu , usha model orang. hahaha, kalau ada rezeki , opi ngan model tu jadi kawan :) bukan setakat model je opi minat, budak2 yg main basikal or bersukan petang2 pun opi usha, sbb ? dah dia lalu depan opi , opi usha lah :D
6) Diberi pilihan masak atau makan luar, mana awak pilih? Kenapa? 
Opi akan pilih dua dua . Untuk masak, opi suka makan apa yg opi masak, kalau tak ada duit, terpaksalah masak dirumah :) Untuk makan luar pula, opi lebih suka beli kat luar n makan dirumah, tak suka makan di luar kerana terlalu bising n tak ada privasi langsung. huhuhu
7) Perkara yang paling awak trauma kan until now and why? 
Hmmm, apa ye ? klu opi ckp mcm ni boleh ?
Trauma dengan result final sem, selalu subject foto opi akan dapat A, tetiba untuk final sem, opi dpt Major B , sumpah terkejut, Malas lagi belajar.. kan dah dapat B , pointer pun teruk jatuh, hmm, mcm nak koma je bila tengok result final sem :( Saya janji saya akan belajar dengan bersungguh-sungguh :( takmou dpt B lagi untuk subject foto. Kalau sambung degree ambil foto, inshaAllah akan redah sehabis mungkin . Usaha tangga kejayaan! 
8) Macam mana awak boleh terjebak dalam dunia blogging ni? 
Allah, tak ingat langsung macam mana boleh terjebak dengan dunia blogging ni :(
9) Awak bangga dilahirkan sebagai diri awak sekarang? Alasan. 
Alhamdulillah, so far bangga, sebab tak kacau hidup orang sangat. tapi kurang memuaskan sbb tak belajar pandai-pandai dulu so skrg cita-cita nak jadi doktor/polis/inspektor/ semua diketepikan . huhuhuhu, sedih.. tak boleh nak cerita panjang2 :(
10) Pernah menginginkan something tapi sampai sekarang tak dapat.
Banyak. yang pertama, Iphone. sampai sekarang tak dapat :D
Kamera DSLR professional, tak dapaat lagi. mahai nak mampuih
GoPro Hero , lagi tak dapat :D
Kereta sport n motor sport. laaaagiiiii tak akan dapat :D
Suami korea ? *something ke* hohohohohoho. berangan je la wei :( hukhukhuk,sedih teramat ni 

Entry kali ni panjang dan Opi banyak membebel je, Maafla ye :) Sekarang opi nak tag SEPULUH blogger yg terpilih pula :)

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 
dan sesiapa sahaja yang nak jawab soalan Opi , dipersilakan :) nnti komen kat entry ni , opi nak singgah :) 

Okey , so here we go with the 10 question :) 
jawab dalam bahasa melayu, kalau nak jawab dalam english pun tidak kisah sama sekali :D

1. If you could go anywhere in the world with someone, where would it be and why?
2. 3 things that make you happy.
3. Maksud tersirat URL blogger anda.
4. Berikan satu nickname untuk Opi dan explain kenapa pilih nama tu.
5. Kalau diberi untuk menjadi Superhero, awak nak jadi siapa and why?
6. 3 things that annoy you easily.
7. Any phobia?
8. What your opinion on long distance relationship?
9. Something you talended it.
10. A scene in any disney movie you wish you could experience. 

Segmen Bloglist 2016 by Farahana Sharif

Assalamualaikum, Alhamdulillah, urusan haritu dah selesai cuma ada sedikit masalah ^_^
Dah jarang buka lappy sebab demam, naik kereta kena tengok handphone sbb tak tahu jln. Akibat dia, separuh mabuk. Balik rumah, tidur lama sebab tak sihat. haish , apalah nasib.
Ayat pun dah tonggang terbalik sebab otak dah tak betul :(
Harini opi nak join satu segmen by Ayu. 

Klik banner for join okey sayang sayangku sekalian :)
END : 26 DISEMBER 2015

Alhamdulillah | All is Well


Alhamdulillah . I'm done for my work and I can smile like usual :)

Sebelum ni stress je kerja tak siap siap, tarikh tamat dah nak dekat, kerja tak siap lagi, badmood je buat kerja tadi. Sakit pinggang , sakit mata duduk depan lappy lama-lama and sakit kepala nak pilih gambar sebab gambar banyak gila nak mampus, hampir 1juta nak di shortlisted kan . fuhhh, Sebulan opi bertahan buat kerja tu, alhamdulillah sekarang jam 4am lebih, kerja dah siap proceed :) 

Macam tak percaya dah siap. Hahaha. So now I can sleep with peace and tomorrow will go for printing photobook :) Semoga selamat pulang dan pergi . Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Thanks guys for support ^_^ NIGHT

Oh ya, lappy opi problem, opi tak boleh nak follow sesiapa lagi buat masa ni, nak upload gambar pon xboleh, copypaste je mampu. Tinggalkan jejak di komen or shoutbox, nnti opi balas kunjungan dan follow :)

Pencarian Bloglist Fiaz Diary untuk January 2016


Assalamualaikum. harini opi nak join segmen yg adik Ezzaty buat :)
Pencarian Bloglist Fiaz Diary.. fuhh, I wanna join sis ^__^ nak join segmen ni kena nyatakan sebab sebab kenapa opi nak join segmen ni, so here we go .. read my diary...



Malaysia, 16 Disember 2015

Adikku,
Ezzatty Muhaimmah 
Di Malaysia

Asalamualaikum.

Hai Imah, apa khabar? Bagaimana khabarmu Imah ? Sihat dan bahagia saja bukan? Opi nak join Pencarian Bloglist Fiaz Diary untuk January 2016 kerana ingin mengeratkan lagi silaturahim di antara blogger-blogger yang lain. Betul , tak tipu. Ada masa opi akan blogwalking.

Sebab-sebab lain adalah kerana blog opi tak ada la semak sangatkan dan menarik? Hahaha, puji diri sendiri nampak. Sejak kebelakangan ni, opi selalu luangkan masa di Blogger sebab ada masa untuk melayari internet. Bila kerja , tidak dapatlah untuk meluangkan masa dengan lebih kerap di Blogger.

Opi rasa, opi merepek meraban la, tidak menjawab soalan. Huhuhu. Berbalik pada sebab-sebab ingin join bloglist Imah,  opi ingin tersenarai dalam Bloglist Fiaz Diary, Itu sebab utama opi :D

Okey Imah, sekian dulu, ya! Semoga sihat selalu dan goodluck dalam pelajaran .

Kakakmu,
Sorfiena Suzainye

Okey done, simple simple je, penyertaan dalam surat tidak rasmi kepada kawan. 
Ada ada je opi ni kan ^__^


MOMEN BERSAMA MATLUTHFI | 13 DIS 2015


Harini, 13 Disember 2015, Matluthfi ada buat "Pelancaran Buku Terbaru Matluthfi" di MPH NU SENTRAL, KUALA LUMPUR. Dari jam 2-3 petang sahaja. 

Sedih sangat sebab tak dapat nak pergi join , cuaca tidak mengizinkan :(