Kebanyakan gadis sering menitikberatkan penjagaan kecantikan luaran semata seperti menjaga cara pemakaiannya, solekan dan sebagainya. Hingga ada kalanya terlupa kecantikan dalaman itu adalah lebih penting. Mudah sahaja caranya tanpa perlu mengeluarkan wang dan tenaga. Jom mulakan dari sekarang!
Minum Banyak Air
Paling penting minum banyak air. Minum, minum dan minum! Bukan air berkarbonat atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih, dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan kamu.
Bersenam
Semua tahu bersenam itu baik untuk kesihatan dan juga rohani. perlu berjalan di sekitar rumah ia sudah memadai kerana berjalan juga satu bentuk senaman!
Jangan merokok!
Ini merupakan saranan yang paling penting kerana merokok boleh merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan.
Tidur Yang Mencukupi
Ramai yang mengabaikan soal ini tambahan lagi apabila terlalu sibuk. Sebenarnya sesibuk manapun, tidur yang tidak cukup akan membuat kamu kelihatan lebih tua dan mata lebam. Ini akan membuatkan bahagian bawah mata kamu tampak tidak cantik dan tidak sihat.
5. Jangan Terlalu Banyak Bersolek
Pada waktu tertentu, benarkan kulit kamu berehat daripada memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas!
Untuk Artikel Penuh & Lebih Info Dapatkan MAJALAH REMAJA sekarang !!