NETFLIX : K-Drama Tomorrow? Best sangat ke?




K-drama Tomorrow telah berakhir dengan kesimpulan yang pahit, dan peminat tidak boleh berhenti membincangkan kisah fantasi ghaib yang pelik namun menarik. Berlatarkan tema yang agak mengerikan dan gelap, Tomorrow berkisarkan sekumpulan Grim Reaper yang diamanahkan dengan tugas menyelamatkan manusia yang membunuh diri dan perlu membuktikan kepada mereka betapa pentingnya kehidupan. Drama ini dibintangi oleh Kim See-hun sebagai Ryeon, Yoo Ji-on sebagai Ryong-koo sebagai Grim Reapers yang bertembung dengan Choi Jun-woong (Kim Ro-woon) yang agak sengsara. Dia mengalami masa yang teruk, kerana dia telah gagal dalam temu duga kerja. Walau bagaimanapun, dalam sentuhan yang menggembirakan, dia bukan orang yang cuba ingin membunuh dirinya sendiri.

Watak-watak utama yang terpaling funtion

Pada suatu malam, dia secara tidak sengaja bertemu dengan grim reapers Koo Ryeon (Kim Hee-Seon) dan Im Ryoog-Gu ketika ingin mengelamatkan seorang lelaki yang ingin terjun jambatan. Tidak lama kemudian, Choi Jun-Woong menjadi ahli baharu untuk Crisis Management Team. Hah, macam mana Choi Jun-Woong ni boleh jadi ahli baru diaorang kan? Kalau opi cita, spoiler la kan? So korang kena layan la dulu baru tahu. 



Bagi opi best, sebab setiap episode dia, semua action.. setiap episode dia juga berlainan cerita diaorg nak selamatkan orang yang macam-macam ragam yang nak bunuh diri. Ada part sedihhh, memang menangis jugak la opi masa layan drama ni.. hihihi. Life quotes pun banyak dalam ni. 

Tak sangka diaorang ni ..... huaaaa. taknak spoiler

Watak-watak dalam drama ni best wei, tak tipuu. semua funtion terukkkkk. Daaaannn paling opi sukaaa, Ryeon punya fashion dalam drama ni, lawa gila baju-baju dia. Tak caya? Cuba usha gambar-gambar yang opi share ni.... 









Banyak pula opi sharekan, sebab memang banyak baju dia cantik-cantik. Banyak lagi opi tak share, cukup la tu nak bagitahu yang baju dia memang menarik dalam drama ni. So tunggu apa lagi? Boleh layan dekat Netflix atau website K-Drama yang korang biasa layan okey :) Have fun!



No comments: