Aduh! Teman Serumah Bermasalah

ARGHH!! RASA SEPERTI INGIN MENJERIT DAN MENYATAKAN “AKU MEMANG SAKIT HATI! TOLONGLAH FAHAM!” TETAPI PERKATAAN ITU SEPERTI TERSEKAT DI ANAK TEKAK SAHAJA. MACAM MANA UNTUK  MENANGANI MASALAH TEMAN SERUMAH YANG BERMASALAH INI? JOM SEMAK TINDAKAN APA YANG PERLU KAMU LAKUKAN.

 1. Hati ke hati
Jika berlaku persengketaan di antara kamu dengan teman serumah, langkah terbaik adalah bersua muka  dengannya dan berbicaralah dari hati ke hati. Saat berterus terang ini kamu hendaklah menggunakan bahasa yang sesuai dan manis agar tidak menyinggung perasaannya sekali gus membuatkan teman serumah faham kenapa kamu bermasam muka dengannya.

2. Lebih terbuka 
Hurm! sebenarnya sukar  untuk kita mengagak sikap yang ada pada seseorang individu itu. Kadangkala  merekaini tidak terlalu terbuka dan  mudah menerima kritikan dan pandangan orang lain. Mungkin jika kamu memarahi dan menengkingnya boleh menyebabkan dia terasa hati dengan kamu. Carilah pendekatan yang sesuai untuk menjelaskan kepada teman serumah itu agar lebih terbuka dalam membicarakan soal ini.

3. Lebih berani
Sesetengah daripada kamu mungkin tidak  mempunyai keberanian untuk memberitahu perkara sebenar kepada orang lain meskipun perkara itu perlu diperkatakan. Kamu seperti tidak sanggup untuk melukai hati orang lain, sedangkan hati kamu sendiri  yang terluka. Selama ini kamu sudah terlalu banyak menjaga hati dan perasaan orang lain. Anggaplah kamu cuba mencari jalan penyelesaian supaya perkara ini tidak terus berlanjutan. Teguran Membina

4. Teguran membina
Sekiranya kamu seorang individu yang tidak pandai untuk berterus terang mungkin kamu boleh membuat teguran secara baik. Beritahulah kepada dia yang kamu sememangnya terasa hati dengan sikapnya. Walaupun kamu seolaholah tidak marah dan mendiamkan diri dengan apa yang berlaku, bukan bermakna orang lain boleh memijak kepala kamu sesuka hati. Oleh itu, mintalah dia menghormati perasaan kamu seperti mana kamu menghormati perasaan dia. Itukan lebih adil.

5. Minta maaf jalan terbaik
Mungkin kamu sudah memberitahunya perkara  sebenar dan pengakhirannya dia mula menjauhkan diri dan bermasam muka dengan kamu. Apa yang perlu kamu lakukan ialah minta maaf dengannya supaya dia tahu yang kamu tidak berniat untuk melukai dan menyinggung  perasaannya. Anggaplah semua ini sebagai satu permulaan untuk kamu mengenali teman serumah  itu dengan lebih mendalam.

Credit : MajalahRemaja

Ash baru edit , ok tak ? :D
Doddle tu kak CCI yg kasi sbb kita menang dia punya GA kalau tak silap :)



16 comments:

Anonymous said...

Yes. I tak de keberanian :P

SITI SORFIENA SYASHA said...

@Munirah Shamsudin Haha , same lahh -___-
tapi , kadang2 , terpaksa tegur jugak :P

sky se7en design said...

halamak..suka matlutfi jugak??
jom singgah
http://skysevendesign.blogspot.com/

Rieanna said...

betul3...kadang2 nak tegur kawan serumah tu yang payah...sebab nak jaga hati kan...
http://drieannastop.blogspot.com/2011/12/wow-trafik-meningkat-submit-blog-ke.html

Nadia said...

nice...ni remaja bila syg??

nuyui a.k.a miss YUI said...

kdg2 rasa takut nak bgth..tp tula..kena gak kan..

mujagirl92 said...

salam,, sorry gangu,, ash ade tulis will join events kat entry yng ni

http://mujadafewa.blogspot.com/2011/12/3-entries-paling-penting-for-year-2011.html

muja nak tau sebab muja nak review yang join benda2 tu dari blog muja,, respond kt entry tu jugak k :D

Hirdayu Rahmat said...

comellllnye blog sayang nii~ lagu pun best ^^

Rosalia said...

nice tips :) sy selalu besemuka kalau ada mslh ckp baik2 insyaallah smuanya ok.

Aisya Zulkefle said...

nak cuba la kalau terjadi.erkk:D

Cik TK said...

masalahnya di sini ialah TK ni tak ada keberanian nak luahkan sesuatu... Selalu takut kalau2 pihak yang satu lagi tu kecik hati ke, marah ke, mengamuk ke... takut jadi pergaduhan pulak~

Anonymous said...

hey, i tagged you in a giveaway ;) do look at my blog wokey =)

Anonymous said...

masalh cmne uh? die kne pk ht kte gak..huhu.. follow yupp =)

Izzul Amir said...

wahh tips bagus ni ;D

zaty said...

wahhh dapat doodles free!cantik cantik cantik <3 :)

ash rajin ye masuk GA/contest. :D

Ray ban said...

Normal..No body is perfect..
Tegur slamber buat xtau jer...hehehe..