Sistem
pesanan ringkas (SMS) sememangnya cukup sinonim dalam perhubungan dunia kerana
ia lebih cepat dan menjimatkan . Selain popular sebagai alat perhubungan, ia
juga menjadi medan penting bagi individu yang sedang dilamun cinta. Pelbagai
pesanan manja dan berbunga-bunga dikirimkan sehingga kadangkala sukar diterima
akal.
Mungkin bagi
sesetengah individu , kiriman cinta mampu menggembirakan hati pasangan. Namun,
pernahkah anda terfikir bahawa ada kalanya pesanan sebegitu hanya akan
mengundang kejelikan dihati wanita ? Biarpun hati berniat baik,tetapi hanya
kerana beberapa kesilapan saat mengirim SMS, anda pasti akan menerima maklum
balas yang sebaliknya.
Justeru , bagi mengelakkan kesilapan
tersebut berulang kembali, apa kata semak beberapa senario berikut yang anda
mungkin tidak sedar pernah melakukannya:
Salah Waktu
Mengirim
kalimat “Good morning , sweety.” Atau “Selamat pagi , sayang.” di awal pagi
sememangnya mampu menaikkan semangat pasangannya bagi menjalani rutin
hariannya. Namun, jika kalimat ini dikirimkan pada pukul 9.00 pagi atau apabila
matahari sudah meninggi ,ia bukan lagi sesuatu yang relevan. Tetapi, inilah
yang sering dilakukan golongan lelaki yang nyatanya tidak akan membenihkan
kesan di hati wanita .
Terlalu
berjela-jela
SMS
selalunya melibatkan kiriman pesanan yang ringkas namun padat. Namun , jika SMS
tersebut melangkaui sehingga tiga ke empat teks panjang secara berturut-turut,
ia pasti membosankan. Jangan jadikan SMS umpama menulis novel atau cerpen
cinta. Ungkapan yang ringkas tetapi penuh bermakna lebih menimbulkan kesan di
hati wanita.
Terlalu agresif
Biarpun
baru sahaja mengenali wanita terbabit , anda sudah berani mengirimkan beberapa
ayat cinta yang seolah-olah menunjukkan bahawa anda benar-benar
menginginkannya. Perkara sebeginilah yang akan mengundang rasa tidak senang di
hati wanita. Jika salah gayanya, si dia akan terus ‘membuang’ anda dari kamus
hidupnya.
Gemar Memaksa
Memaksa
adalah perkara yang paling tidak digemari wanita terutamanya golongan
berkerjaya. Tuntutan tugas yang agak sibuk kadangkala tidak difahami lelaki.
Tanpa memikirkan situasi pasangan, lelaki akan berterusan memaksa agar mereka
boleh berjumpa. Sikap memaksa dan tidak kena situasi inilah yang membuatkan
wanita terpaksa memilih antara dua, sama ada diri anda ataupun kerjaya yang
memberi jaminan masa depan buat dirinya itu.
Salah menyenangkan
Memang
niat anda untuk menyenangkan dan menggembirakan hati wanita sememangnya mulia.
Tetapi apa yang sering berlaku adalah sebaliknya. Tanpa periksa atau mengetahui
perkara sebenar pasangan,anda melontarkan kiriman yang tidak kena tempatnya.
Akibatnya, bukan kedamaian yang dicapai sebaliknya hanya akan menambahkan lagi
sakit di hati pasangan .
Melakukan
penghinaan
Terlalu
serius dalam kounikasi kadangkala
membuatkan lelaki melakukan penghinaan terhadap wanita tanpa disedari.
Sepatutnya, sebagai seorang lelaki anda seharusnya bersikap lebih matang saat
berbicara terutamanya ketika mengirimkan SMS. Jangan sesekali mengirimkan SMS
yang boleh menyinggung perasaan pasangan. Intonasi suara menerusi perbualan dan
SMS adalah berbeza bagi individu yang membacanya .
Terlalu angkuh
Sikap
meninggi diri dan menganggap hanya dirinya yang terbaik merupakan antara
keangkuhan yang terselit di hati lelaki. Sebab itulah, mereka tidak pernah
menyedari bahawa kalimat yang dilontarkan boleh menyakitkan hati wanita.
Kiriman seperti “Sebelum ini tidak pernah terjadi…” atau “Perkara itu berlaku
kerana awak..” bukanlah kalimat yang ditunggu oleh wanita. Janganlah terlalu
angkuh terutamanya buat wanita yang anda sayangi. H
Kredit : MajalahHarmoni
Sorry , Sorfiena dah jarang online fb dan blog dan jarang duduk depan komputer :)Sorry sangat-sangat , Tahun ni Sorfiena SPM , so , memang busy , harap korang paham ye .Doakan untuk Sorfiena sekali ye :) Peace ! hehe
8 comments:
salah mood xde ? kekeke
oh,gtu ea..
good luck utk spm tau dik..
nice sharing..
@Izzul Amir haha , kadang-kadang pun ada gak kan ? :)
@nuyui a.k.a miss YUI insyaAllah , amin amin :)
@cik ayuni yeah ^0^v
nice ..
btw dh follow .. hit me back klu sudi ..
@Mr. Sepetdone :)
Post a Comment