Darah Tinggi Akibat Menunggu Telefon .


Anda pernah menghubungi layanan pusat panggilan dan ‘dipaksa’ menunggu selama beberapa minit sebelum seseorang menjawab panggilan tersebut ? Hati-hati ! Situasi itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit .
                Studi di Britain mendapati bahawa menunggu jawapan telefon lebih daripada enam minit, mampu memicu pelbagai gejala penyakit. Pakar stress, Dr. Roger Henderson, yang mengetuai kajian tersebut menyatakan perkara itu terjadi kerana tekanan darah dan paras stress individu meningkat sewaktu menunggu panggilan. Stres dan tekanan darah meningkat seiring dengan rasa kecewa dan marah kerana terpaksa menunggu lama.
                 Kajian itu turut mendapati 64% penduduk Britain berasa terganggu saat menunggu jawapan panggilan sehingga menyebabkan peningkatan kadar denyutan jantung, sakit kepala dan tangan berpeluh kesemua gejala tersebut berupayamemicu gangguan pelbagai penyakit seperti kecemasan kronis, tekanan darah tinggi serta gangguan perut dan usus . H

No comments: