Allah Menunaikan Doa
عَنْ سَلْمَانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ رَبَّكُمْ تَبَارَكَ وَتَعَالَى حَيِيٌّ كَرِيمٌ يَسْتَحْيِي مِنْ عَبْدِهِ إِذَا رَفَعَ يَدَيْهِ إِلَيْهِ أَنْ يَرُدَّهُمَا صِفْرًا
Dari Salman, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Tuhan Yang Maha Suci dan Maha Tinggi adalah Maha Hidup dan Mulia, Dia merasa malu dari hambanya apabila ia mengangkat kedua tanganya kepadaNya dan mengembalikannya dalam keadaan kosong." (HR Abu Daud No: 1273)
Pengajaran:
1. Setiap Muslim dituntut sentiasa berdoa kepada Allah dalam apa jua keadaan
2. Allah akan sentiasa mengabulkan setiap doa dan permohonan hambaNya
3. Allah tidak akan menghampakan permintaan dan permohonan hambaNya
Firman Allah :
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur (enggan) beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina. (Al-Mu’min 60)
Ayuh kita sentiasa berdoa kepada Allah, jangan sekali-kali kita menjadi orang yang sombong kerana tak mahu berdoa.
7 comments:
Yeahh jgn pernah berhenti berdoa :)
Nice entry (•◡•)
-Artsy le Bella
Salam alaik! Kena tag http://ukhti-ninja.blogspot.my/2015/12/tag-question-game-10-soalan-daripada.html
hi nice sharing done folo, folo me back ;)
Untung lelaki bila sembahyang jumaat ada waktu mustajab doa antara dua khutbah =)
Perkongsian yg sngt baik...
Salam :) rimba,benua dan dunia
Dari perindu bat dirindu.
Jiwa dilazim dengan zikir-Lantas fikir bergema akhir.
Menyambut salam empuNya Salam-Salam disambut empuNya Alam.
Rindu dihati memujuk diri-Diri rebah sujud Ilahi.
Rasa hidup beramal redup-Lantas rancak munajat hidup.
Post a Comment