Showing posts with label KTM. Show all posts
Showing posts with label KTM. Show all posts

Diskaun 50% | KTM i-Card Student


Berikutan sambutan dan permohonan yang amat menggalakkan daripada para pelajar kolej dan universiti untuk kad diskaun KTM iCard Pelajar, KTM Berhad ingin memaklumkan mulai 4 Januari 2016 sehingga 4 Februari 2016, pelajar kolej dan universiti di Semenanjung Malaysia akan menikmati
promosi diskaun 50% yuran tahunan untuk KTM i-Card Pelajar. Promosi ini menawarkan
harga yuran RM15.90 setahun berbanding yuran tahunan biasa iaitu RM31.80.

Para pelajar yang mempunyai KTM i-Card ini akan mendapat diskaun tambang 50% daripada kadar tambang tunai untuk Perkhidmatan KTM Komuter di Lembah Klang dan diskaun sehingga 40% untuk tambang perkhidmatan KTM Intercity dan ETS. Permohonan KTM i-Card boleh dilakukan di kaunter tiket KTM Intercity/ETS, Aras 2, Stesen KL Sentral. Waktu operasi kaunter adalah dari jam 8.30 pagi sehingga 7.00 malam, setiap hari Isnin sehingga Jumaat. Permohonan adalah terhad kepada 300
pemohon terawal setiap hari.

Pemohon dikehendaki membawa salinan kad pengenalan, salinan kad metric/kad pelajar dan juga surat pengesahan pelajar yang tertera tarikh tamat belajar.

Informasi terperinci dan borang permohonan KTM i-Card boleh diperolehi dari laman web KTMB, www.ktmb.com.my.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di 03-2267 1200 atau twitter @ktmkomuter.

.................................................................................................................................

Permohonan Kad Diskaun KTMB i-Card

Para pelanggan yang dihormati,

Berkuatkuasa 7 Disember 2015, KTMB telah memperluaskan kepenggunaan kad diskaun pelajar KTMi-Card untuk Perkhidmatan Komuter Lembah Klang. Para pelajar IPTA/IPTS yang menggunakan perkhidmatan Komuter boleh memohon Kad diskaun pelajar KTM i-Card dan anda layak mendapat potongan diskaun 40% dari harga tambang perjalanan untuk perkhidmatan tren Intercity/ETS dan 50% untuk perkhidmatan tren Komuter di Lembah Klang sahaja.

Bagi pengguna (pelajar IPTA/IPTS ) perkhidmatan Komuter yang ingin memohon kad boleh mendaftar di Kaunter 9 & 10, Kaunter Tiket  KTM Intercity yang terletak di aras 2, KL Sentral dengan menyertakan sekali surat pengesahan pelajar yang dikeluarkan oleh KTMB seperti dibawah ini.

Download attachments:

Berita baik buat semua Mahasiswa


Info penting untuk pelajar buat kad diskaun guna KTM & LRT
Kepada yang bertanya macam mana nak buat kad pelajar bagi LRT&KTM.

LRT
-Perlu dibuat di LRT Pasar Seni
-Bayar RM10
-Sertakan surat pengesahan drpd universiti/kolej
-Salinan Kad Pengenalan & Kad Pelajar beserta pengesahan
-Isi borang
-Ada sesi bergambar utk kad
-Kad siap dlm masa satu minggu
-LRT Pasar Seni buka pd hari bekerja, termasuk Sabtu sampai 4ptg. Cuti umum tutup.
-Diskaun 50% untuk semua LRT, bas dan monorel.

KTM
-Boleh buat di KL Sentral (kaunter 8 & 9 KTM Antarabandar)
-Datang awal sebab limit 200 sehari boleh mendaftar. (Kaunter buka 8.30pagi)
-Yuran tahunan RM31.80 termasuk GST
-Untuk komuter 50% diskaun
-Untuk ETS 40% diskaun
-Surat pengesahan drpd universiti/kolej (boleh download drpd website KTMB)
-Isi borang
-Salinan kad pengenalan & Kad pelajar
-Kad siap dalam 10 - 30minit (bergantung kepada berapa ramai orang)

Please pass to all students and teachers that u know. (So that they can pass on to their students)
Before this tunjuk matric card student yg naik komuter boleh dpt 50 % discount but Starting 7 january 2016 they will imposed student card rm31.80 per year.
Promotion start from 4 january sampai 4 february the student card harga discount rm16.80 instead of rm31.80.
Need to bring along
 surat pengesahan sekolah/uni, photostated ic and matric card.
Isi borang at tingkat 2, kl central. tak payah amik nombor, terus ke kaunter 9 or 10. Ofis opens 8.30 am and only first 200 people allocated per day..

Sumber MPPUM sesi 2015/2016