Showing posts with label MatLufthi90. Show all posts
Showing posts with label MatLufthi90. Show all posts

Congratulations MatLuthfi :)

Sama cantik sama padan :) Semoga berkekalan dan bahagia till Jannah Mat :)



Tak dapat nak type panjang-panjang, terharu Mat dah kawin :) Hehehe Selamanya peminat setia Mat ^_^

MOMEN BERSAMA MATLUTHFI | 13 DIS 2015


Harini, 13 Disember 2015, Matluthfi ada buat "Pelancaran Buku Terbaru Matluthfi" di MPH NU SENTRAL, KUALA LUMPUR. Dari jam 2-3 petang sahaja. 

Sedih sangat sebab tak dapat nak pergi join , cuaca tidak mengizinkan :(

OMG ! Terserempak dengan ....


*26 November 2011*

   
     Okey , sebelum tu , Assalamualaikum dan Selamat Malam buat teman-teman siti yang berada di rumah.
Hurm , hari nie , hari yang paling bersejarah buat siti ! nak tahu kenapa ? ok . macam nie cerita nya ..

     Siti bangun pagi , terus pergi mandi dan terus pergi depan komputer dan terus usha blogger NI yang baru siap edit semalam :) tak tidur mengeditnya :D muahahaha, okey takk ? penat owhh but bessttt :)

     oke , lepas tu , tengahari , mama kata ada makan-makan  kat rumah pak syed . so , dengan malas nyer bergerak menyarungkan pakaian -.- eh, bukan baju kurung tauu , tak sempat nak stereka . ehehe, siti pakai tshirt n seluar jean je -.-'' 

     Now ! dah sampai dah kat kenduri tuu , OMG. akcelly , mama tak kasi tahu pon nak pergi kenduri kahwin -.- lol . turun je kereta, jalan beberapa langkah ke pintu masuk kenduri tu kannn , Ya Allah . time tu .. terpandang seorang lelaki pakai baju warna coklat kot , .. pandang je diaa.. macam kenai .. seriusly .. macam kenaii .... macam seseorang yg memang Siti suka , sayang dan minat dia sangat-sangat ! ya allah . siti pandang je diaaaaaaaa.. tak pandang orang lain pon -.- #tak tipu . dan siti tak perasan dalam khemah tuu , ramai gila orang. serius tak perasan . yang siti perasan hanya mamat sorang nie jeee :) haha, sampai macam tu sekali kann ? teruk owh -.- haha, oke. dah siap salam-salam ngan jiran-jiran kat situ , siti pandang dia lagi , AND ... " Mama !!!!!!! itu Matluthfi lahhhh !!!! Maaaaa !!!!!!!! . OMG maaa, biar betul itu diaaa maaaa :'| "  
mama siti masih tercari-cari .. lol . tak nampak ke ? -.- siti pon tunjukkan lahh kat belah kanan niee ... hahh , baru mama nampakk :) haha. siti tak berani lahh nak kata yang dia pandang siti but siti pandang dia terus ke mata -.- tak perasan tempat lain dahh . hahahaha. 
   
     Mama siti terus pergi terjah diaa. kata " Nie Matluthfi ka ?" dia dok gigit cawan macam budak-budak jaa time tuuu . haha, dia pon jawab lah " ya, kenapa ?" "lahhh , makcik minat sangat ngan hang nie . awat hang macam nie ?  haha " .. mama siti jawab n dia hanya balas dengan senyuman kott . mama terus kata yg anak makcik nie yg minat sangat ngan Matluthfi nie , 

     Aduhh , serius , siti tak tahu apa nak kata dahh , tapi , dia suka BERBORAK .. orang mintak ambik gambar ... dia maluu :) hhehe, sabor je larggg :) sekali siti mintak no phone ... dia terus kat 'sorry sorry sorryy " serius . dia asyik minta maaf je -.- btw , first time owhh , ckp depan dia -.- serius dekkkatt gilerr :) Time tu kann ,, pergh , bapak ahh , panas gileerr . serius panasss 

     Lepas siap makan , dia ajak tangkap gambar . ehh . boleh lah pulakk . maybe sbb orang ramai kat situ pun minta kott :) ehehe, thanks ya, walaupun gambar nyer tak berapa ok background nyee ... tapi , siti tetap bersyukur sbb dapat tangkap gambar dan bersembang sikit ngan Matluthfi yg siti sayang sangat nie :) ehehehe . #kalau siti tunjuk pics dia dalam phone siti tu  -.- apalah agaknya reaksi dia kann? maybe macam nie kott 

     Bro ! siti nak cakap terima kasihhh sangat-sangat sebab sudi berborak ngan siti walau sekejappp je :) thanks . oh ya, mama siti kata dia menyesalll .. sbb tak berborak time balik tuu ... dia ingat nak berborak kejap ngan Matluthfi :) but, it's oke . insyaAllah akan ketemu di hari lain kan ? :) Amin . 

#memories still alive with pictures and music




#be confident with yourself ! No matter what happens , just be yourself :)
#lol . muka tak boleh bla je -.-'.

siti bukan nak batak sangat .. just nak keep in touch je . siti cepat lupa .
oh ya ! sorry ter-excited sikit . cerita pon macam ape je . bhahaha.

#sorry Bro Aiman  sebab tak intro pasal Aiman sangat kat entry ni :/

# maaf ! hati sedang berbunga .. begini lah jadi nye . hehe :)

  • entry dulu guna panggilan siti kat blog-.- skrg lebih selesa guna nama opi. sbb kwn kwn semua kenal dgn nama opi . hahahha

10 Petanda Dia Jodoh Kita


Assalamualaikum. 
Aku cukup tertarik dengan satu artikel di iluvislam.com
Mungkin ianya ada berkenaan dengan kita semua. Terutamanya dalam mencari jodoh. Jadi, aku rasa tak salah kalau aku sharekan artikel ni pada anda semua terutamanya pembaca blog aku ni. 

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
-Artikel iluvislam.com

Jadi, antara sepuluh-sepuluh petanda ni, adakah semuanya ada kena mengena dengan anda? Katakan YA atau TIDAK. hehe

Selamat berbahagia semua :)
Jemput Join End Year  Random Giveaway .

"Ada 3 Hal" Yang Perlu Korang Baca .....


Assalamualaikum .
Hari ni , ash nak share something ngan korang semua , maybe ramai yg dah tahu entry kali ni dari rata-rata blog sbb entry ni ash pon share :) hehe . shared dari siapa ? shared dari kak lyssa kita ni lahh :) yg comel lotel tu ^_^v 

kak lyssa ni cepat malu dan segan -- baru puji sikit dah kata ' i segan lah u' haha , harap-harap kak lyssa tak ingat kat mana dia coment tu :D huhu

Ada 3 hal dalam hidup yang tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata - kata
3. Kesempatan


Ada 3 hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang :
1. Kemarahan 
2. Keangkuhan 
3. Dendam


Ada 3 hal yang tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran


Ada 3 hal yang paling berharga :
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan


Ada 3 hal dalam hidup yang tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi


Ada 3 hal yang membentuk watak seseorang :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja Keras


Ada 3 hal yang membuatkan kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus


Ada 3 hal yang tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki
2. Umur 
3. Jodoh


TAPI ............


Ada 3 hal dalam hidup yang pasti :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian


Ya Allah , sahabat saya yang membaca ini adalah sahabat yang soleh/solehah , kuat , sabar .
Sayangilah dia serta kasihilah dia . Tolong bantu tingkatkan kehidupannya , mudahkan rezekinya , sihatkan badannya .. Jika dia melangkah , selamatkanlah dia , mudahkan langkahnya ... Amin amin ya robbala'lamin ...