Congratulations MatLuthfi :)

Sama cantik sama padan :) Semoga berkekalan dan bahagia till Jannah Mat :)



Tak dapat nak type panjang-panjang, terharu Mat dah kawin :) Hehehe Selamanya peminat setia Mat ^_^

Kem 4 RAMD , Tapah

Batalion RAMD (4 RAMD -Perak)

Mesti korang pelik kan kenapa opi tetiba share pasal 4RAMD ni . RAMD ni bermaksud Rejimen Askar Melayu Diraja. Pada 23 haribulan 1 pada tahun 2016. Opi masuk Kem 4 RAMD yg terletak di Tapah. wow, opi masuk kem askar weihh, tinggi pun tak cukup berat apatah lagi tak cukup , ada hati nak masuk kem askar mcm ni, hahaha.
Okey, marilah baca opi nak cerita ni , macam mana opi boleh masuk kem askar ni.
Pada 23.1.2016 tu , kawan opi bawa opi masuk kem tu, untuk apa ? diaorg bayar opi as videographer untuk shoot video promotion diorg, diorg buat mengenai askar, diorg nak promotkan kem 4 RAMD ni la lebih kurang :) So tugas opi adalah shoot video. 
Memang best la masuk situ, pengalaman yg opi dapat memang tak boleh dilupakan. serius, seronok, redah hutan, redah sungai semua, nasib baik opi cameraman, klu tak, opi pun mesti dpt pakai baju sama ngan kwan2 opi tu, huhuhu, jeles gila diaorg dpt pakai celoreng tu T___T baju yg org luar tak boleh pakai pon diaorg dpt merasa, gambar tu tak boleh dipost di mana-mana, nnti kena saman :D sbb kami org luar, tak ada masalah bagi opi untuk shoot panas2 tu, janji opi dapat merasai pengalaman yg cukup mencabar dan penuh dengan aktiviti lasak ni :)
 Thanks kepada kawan-kawan opi sebab percaya opi as videographer korang and beri opi pengalaman yg cukup bermakna ni , Sis tak boleh move on lagi. Hahaha, Kapten2 kat sana semua baik-baik. Bebudak askar pon sporting-sporting je. Rata-rata umur semua bawah opi , 19 tahun macam tu, alaahai, tapi muka semua matang2, sbb diaorg byk buat aktiviti lasak semua kann, sbb tu nampak matang :) Opi yg paling pendek kat situ bila berdiri sebelah bebudak askar tu :D hahaha. and diaorg semua tak percaya yg opi dah 21 mcm tu T___T diorg ingat opi budak sekolah lagi, n sebaya ngan diaorg 19tahun :D

Banyak pula opi membebel :D Meh opi share 1gambar kat sana, 3org tu la kawan opi yg bagi pengalaman yg cukup bermakna pada opi :) Thanks friends ^^ Thanks juga kapten sebab sudi tangkapkan gambar kami :D

Sekian ~

Persediaan Fail Hijau Degree Shah Alam


Persediaan Fail Hijau Degree Shah Alam

1. Borang Pendaftaran Pelajar Baru
2. Borang Maklumat Pelajar Baru
3. Salinan Surat Tawaran (4 copy)
4. Penyata Ikrar
5. Salinan Resit Yuran RM700++
6. Salinan I/C Pelajar, Ibu, Bapa (4 copy)
7. Salinan Sijil Kelahiran Pelajar, Ibu, Bapa (4 copy)
8. Salinan SPM *jika perlu*
9. Salinan Minitranskrip/Transkrip Akademik (daripada HEA)
10. Salinan MUET
11. Salinan Sijil-Sijil Berkaitan (Jika Ada)
12. Salinan Borang J (Cukai Pendapatan/Surat Pengesahan Pendapatan Ibu/Bapa/Penjaga)

GAMBAR 12 KEPING KE ATAS
1. Fail Hijau - 8 Keping
2. Unit Kolej - 4 Keping

Pendaftaran Kolej (Sehari Sebelum Tarikh Pendaftaran Akademik)
1. Bawa Pen sendiri
2. Bawa Surat Tawaran
3. Bawa Gambar Passport
4. Bawa apa yang patut

sape yg masuk degree, ni ada la barang-barang yg korang kena standby kan :)
Opi share untuk yang bakal sambung degree nanti , Opi tak tahu bila nak sambung lagi, uhuhu

AD247 : SARJANA MUDA FOTOMEDIA KREATIF (KEPUJIAN) #

e-Syarat 2016 | Selangkah @UiTM
AD247 : SARJANA MUDA FOTOMEDIA KREATIF (KEPUJIAN) #

Kod UPU : EA31

Fakulti : Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka

Tempoh Pengajian : 6 Semester

Syarat Am : Lulus SPM/ setaraf dengan baik.
: Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Malaysia di peringkat SPM/ setaraf.
: Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam Pengajian Am dan sekurang-kurangnya PNGK 2.00.
: Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00.
: Lulus Diploma dari IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
: Malaysian University English Test (MUET) Band 1



Kalendar Sarjana Muda | SESI 2 2015/2016 (20162)

Kalendar
Sarjana Muda
SESI 2 2015/2016 (20162)