5 Boyband Legend Sepanjang Masa

Boyband merupakan ahli kumpulan muzik yang terdiri oleh beberapa ahli kumpulan. Setiap boyband mempunyai latar belakang dan genre muzik yang berbeza. korang semua layan tak boyband? Boyband mana yang jadi pilihan korang ?

1. The Beatles
Band ini selalu diiktiraf sebagai band terbaik,berpengaruh dan paling popular. Walaupun kemunculan band ini sudah tiada tetapi karya mereka masih melekat hingga sekarang. The beatles pernah memecahkan rekod “ number one hits’ dalam billboard hot 100 sebanyak 20 kali.
 
2. Bee Gees
Band yang terdiri oleh 3 saudara iaitu Barry, Robby dan Maurice Gibb. Terkenal dengan suara harmoni dalam setiap karya mereka. Rekod penjualan album mereka mencapai angka lebih dari 220 juta. Bee Gees termasuk dalam artis berkumpulan yang laris sepanjang masa.
 
3. Backstreet Boys
The backstreet boys atau dikenali dengan nama BSB sangat popular sekitar tahun 90 an dan mempunyai jutaan peminat dari seluruh pelosok dunia. Antara lagu mereka yang popular islah “ show me the meaning of being lonely”, “as long as you love me “ dan “larger than life”.

4. Westlife
Band ini mennjadi kebanggaan bangsa Irlandia. Westlife diiktiraf  sebagai band terbaik dan laris sepanjang masa dan berjaya mencipta nama di seluruh dunia. Malah, lagu mereka juga masih lagi kedengaran di corong-corong radio.
 
5. Blue
Mula dikenali pd tahun 2000 dan kumpulan ini pernah mengambil keputusan untuk berpecah. Pada tahun 2011, mereka memutuskan untuk bersatu dan berkarya kembali sehingga sekarang. Album terbaru mereka akan dikeluarkan pada 13 januari 2016 akan datang.

BoyBand pilihan opi ialah Westlife and Blue . Lagu diaorg semua opi layan, bila dengar semula lagu Blue - All Rise and Westlife - Uptown Girl, memang mengusik kenangan kecik kecik dulu :)



2 comments:

Fieyqa Adelova said...

Carta hati xD

1. westlife
2. blue
3. backstreet boys

dah lama tak dengar lagu-lagu diorang :3

wolf said...

Jujur. The beatles is the best XD hahahha