Berseri dengan Koleksi 11street ‘LEBARAN LUSTER’

Berseri dengan Koleksi 11street ‘LEBARAN LUSTER’
Saksikan koleksi ‘LEBARAN LUSTER’ dari 11street oleh pereka-pereka fesyen berbakat dengan rekaan yang ekslusif.

Kuala Lumpur, 23 May 2016 – 11street (www.11street.my), antara pasaran atas talian terbesar di Malaysia hari ini membawakan ‘LEBARAN LUSTER’ iaitu koleksi kerjasama dengan beberapa pereka-pereka berbakat tempatan, seperti Syomir Izwa, Ruzz Gahara, VARIANTE dan Adam Liew, yang menampilkan rekaan elegan di mana kesemuanya boleh didapati secara ekslusif di 11street.
CEO 11street, Hoseok Kim berkata, “Hari Raya adalah salah satu perayaan terbesar yang menandakan berakhirnya bulan puasa, dan bagi kebanyakan rakyat Malaysia pula, ini adalah masanya untuk membeli belah. Raya ini, 11street melancarkan kempen Raya yang bertema ‘Manis Ramadhan, Meriah Lebaran’ untuk menawarkan rakyat Malaysia dengan pelbagai keperluan Raya, bermula dengan Koleksi Raya 2016 oleh 11street.” 
Koleksi fesyen 11street yang diberi nama ‘Lebaran Luster’ menampilkan rekaan pereka-pereka fesyen yang cukup mempersonakan. Kim menambah, “11street bertekad untuk memastikan pelanggan kami sentiasa berseri, elegan dan bergaya ketika musim perayaan dengan koleksi ekslusif Raya kami yang boleh didapati dari 20 Mei sehingga 31 Julai”.



Label tempatan x 11street yang menakjubkan
Beliau turut berkongsi, “Kerjasama dengan label fesyen tempatan dan pereka terpilih ketika musim perayaan istimewa ini adalah antara sebahagian daripada usaha kami untuk menyuntik lebih rasa tempatan ke dalam 11street. Kami bekerja rapat dengan mereka untuk menawarkan rekaan ekslusif ‘out-of-the-box’ yang penuh gaya bagi menyerikan keanggunan pelanggan kami pada Hari Raya nanti.

Rekaan dari setiap label yang berkolaborasi dengan 11street adalah terhad menjadikan pelanggan-pelanggan kami antara yang terpilih untuk memakai rekaan tersebut ketika musim perayaan nanti,” tambah Kim lagi. 
‘LEBARAN LUSTER’ memenuhi pelbagai gaya dan saiz yang boleh dimiliki dari batik moden, gaya chic Perancis hinggalah keanggunan klasik, menghasilkan kepelbagaian kepada pelanggan dengan kerjasama bersama pereka-pereka fesyen seperti Syomir Izwa, Ruzz Gahara, VARIANTE dan Adam Liew.


Syomir Izwa percaya dalam menghasilkan rekaan yang meraikan wanita dalam pelbagai bentuk dan saiz, lalu beliau memperkenalkan koleksi saiz gempal, Gupta PLUS. Terkenal dengan rekaan moden mewah dan tidak dimakan masa, Gupta PLUS direka khas dan akan diperkenalkan dalam sebahagian dari koleksi 11street ‘LEBARAN LUSTER’ dan seperti VARIANTE, akan boleh dimiliki secara ekslusif di 11street.


Bagi menambahkan cita rasa Malaysia dalam koleksi ‘LEBARAN LUSTER’ 11street ini, e-mall yang menawarkan limpahan kepuasan fesyen, turut bekerjasama dengan Ruzz Gahara bagi menampilkan cetakan budaya batik lukisan tangan yang ternyata unik dan cantik. Rekaan Ruzz menggabungkan rasa tempatan dengan rekaan moden dan kini beliau telah mula menempa nama dalam industri fesyen.

Sebagai satu definisi keanggunan, 11street dengan bangganya mempersembahkan koleksi Raya 2016, GlamoRaya oleh VARIANTE. Rekaanya boleh didapati di butik VARIANTE di Bangsar di mana pelanggan boleh mencuba namun hanya dijual secara ekslusif di 11street. VARIANTE sentiasa memilik gabungan stailnya yang unik terutama buat mereka yang mahukan sesuatu yang lebih elegan namun tidak takut untuk mengenakan trend bergaya terkini, dan koleksi ini semestinya tidak terkecuali. 


Menjadi sebahagian daripada koleksi raya 11street yang mengujakan adalah tidak lain dan tidak bukan Adam Liew, pereka fesyen dari Melbourne yang menggabungkan fesyen, budaya dan seni ke dalam rekaannya. Memberikan tumpuan kepada timelessness, keunikan serta kemewahan moden, Adam Liew mencipta pakaian yang pasti akan mengujakan pelanggan dengan rekaan koleksi di-luar-kotaknya iaitu “French Kiss Raya Collection”.

Keanggunan Yang Mampu Anda Miliki
Dengan hanya beberapa klik, miliki rekaan fesyen ekslusif dan serlahkan gaya Raya anda dengan lookbook ‘LEBARAN LUSTER’. Pelanggan boleh menyemak-imbas lookbook tersebut dan mencontohi gaya idaman dari profesional ataupun menonton video pertunjukan fesyen ‘Out-of-the-box’ di laman promosi 11street. Pelanggan 11street boleh memilih pelbagai pakaian dari harga RM169 sehingga RM1250.

Kim turut menambah, “Selain dari ‘LEBARAN LUSTER’, 11street mahu anda mencuba variasi tawaran lain kami seperti Vercato, Elle Zada, Benang Hijau, Benua Clothing dan jenama-jenama lain. Pilih pakaian untuk diri anda dan juga keluarga pada Hari Raya ini di 11street!”
Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi ekslusif ‘LEBARAN LUSTER’, sila layari lookbook 1street dan video LEBARAN LUSTER di laman promo dan saluran Youtube.

###

About 11street (www.11street.my)
11street is a trustworthy and convenient online marketplace that offers a great variety of products at competitive prices. It strives to revolutionise today’s consumers’ online shopping experience by making it more personalised and engaging. 11street has a diverse selection of product categories which are tagged on Fashion, Electronics, Groceries, Health & Beauty, Kids & Baby, Leisure & Sports, Home & Living and Books & Services including deal offerings like E-vouchers. 11street is also an optimised marketplace where its merchandising ecosystem, education and training programs can fully support sellers regardless of the size of their businesses. Established in Korea since 2008, 11street is now one of the top global e-commerce marketplace providers with 400,000 sellers serving over 30 million consumers worldwide. 11street also has a presence in Turkey and Indonesia, known as n11 and elevenia, respectively. For more information, please visit www.11street.my

Media Contact:
Judy Wong
11street (www.11street.my)
+6012 622 4688
judy@11street.my

For media queries, please contact:
Shahir Hazim
Cohn & Wolfe
018 288 3028
shahir.hazim@cohnwolfe.com 


ENGLISH VERSION : HERE



No comments: