Diet sihat sangat penting
sepanjang kehamilan dan anda harus memberi perhatian kepada pengambilan makanan
yang hendak dimakan. Satu pengambilan yang harus ada dalam menu diet selama
kehamilan adalah tembikai. Kenapa?
Makan tembikai semasa hamil
memberi banyak manfaat kesihatan. Antara keajaiban makan tembikai semasa hamil
adalah seperti berikut.
1.
Mengurangkan risiko kejang otot
Kejang otot adalah masalah
yang sering dialami oleh wanita hamil. Oleh itu, wanita hamil perlu makan
tembikai secara rutin. Tembikai adalah sumber yang kaya kalium dan magnesium
yang akan membebaskan wanita hamil dari kekejangan otot, terutama semasa trimester
ketiga.
2.
Melegakan pedih ulu hati
Pedih ulu hati adalah salah
satu masalah yang sering dialami oleh bakal ibu. Namun, tidak perlu bimbang
kerana tembikai adalah ubat paling mujarab untuk mengatasi pedih ulu hati
selama hamil.
3.
Mengalirkan racun
Ada banyak alasan wanita perlu
makan tembikai semasa kehamilan. Kandungan air yang tinggi pada tembikai
membantu menghilangkan racun dari tubuh wanita hamil dan mencegah rasa
keletihan.
4.
Sumber vitamin
Tembikai mengandung vitamin A
dan C, serta nutrisi lain. Tidak ada keraguan bahawa vitamin ini sangat penting
bagi bakal ibu. Jadi, makan tiga hidangan tembikai setiap hari sempurna bagi
wanita hamil.
5.
Sumber B6 dan magnesium
B6 dan magnesium adalah
nutrisi yang diperlukan oleh seorang wanita hamil untuk kesihatan bayi dalam
kandungannya. Jadi, hal ini adalah sebab mengapa wanita hamil perlu mengambil
tembikai setiap hari.
6.
Tubuh terhidrasi
Mengambil tembikai selama
kehamilan dapat membantu menjaga tubuh yang sentiasa mengalami hidrasi. Selain
itu, tembikai adalah buah yang membantu menjaga keseimbangan cecair dalam tubuh
dan sangat penting untuk penghidratan.
7.
Kaya lycopene
Tembikai adalah buah yang kaya
lycopene dan makan tembikai secara rutin dapat mengatasi morning sickness atau
rasa mual ketika hamil. Selain itu, kajian perubatan telah menunjukkan bahawa
lycopene mengurangkan risiko preeklampsia untuk wanita hamil dan bayi.
Apakah buah-buah lain yang
bagus untuk wanita hamil? Sila kongsikan informasi di ruangan komen di bawah.
1 comment:
save dulu .. nanti nak beranak baru baca .. hehe
Post a Comment