Kita sering risau akan kedutan
pada wajah dan sentiasa mencari penyelesaian dan produk-produk yang mampu
memeliharan kecantikan wajah. Namun, kita lupa bahawa leher kita juga mempunyai
kedutan iaitu bahagian yang berdekatan dengan wajah. Leher anda menunjukkan
tanda-tanda penuaan? Jangan bimbang, kerana ada tips untuk menghilangkan
tanda-tanda penuaan tersebut.
“Kulit di bahagian leher sangat
sensitif, dan mempunyai ketipisan 6 kali ganda berbanding wajah. Jadi tidak
hairanlah jika penuaan cepat berlaku,” jelas Dr. Ariel Haus seorang dermatologist.
Ketipisan kulit menandakan
pengeluaran kolagen lebih sedikit pada leher. Sehingga, rawatan yang diberikan
juga harus lebih tambahan. Kolagen yang dihasilkan di kawasan leher mempunyai
prestasi yang sedikit berbanding di wajah. menghasilkan sesuatu yang buruk atau
kulit kusam.
Dalam mengatasi persoalan kulit
tersebut, memakai produk
yang mempunyai rawatan retinol sekali seminggu amat berguna. Gunakan masa pada
waktu malam, kerana jika siang hari retinol memberikan reaksi yang buruk
terhadap sinar matahari.
Selain itu, untuk merangsang
pengeluaran kolagen, anda perlu memakai krim malam atau sapukan krim yang sering
dipakai ke wajah anda ke leher.
Apakah lagi cara-cara lain yang
anda mungkin tahu bagi menghilangkan kedutan di leher? Sila kongsikannya di
ruangan komen di bawah.
No comments:
Post a Comment