Sekali-skala
kita ingin memanjakan pasangan serta menunjukkannya bahawa kite amat menghargai
hubungan yang dibina. Jika anda sedang mencari idea-idea romantis yang boleh
anda lakukan dengan pasangan, usah gusar lagi. Tempat-tempat di bawah ini boleh
menjadi latar kisah romantis bersama pasangan.
1. Tempat tinggi
Tiada yang
lebih romantis selain menyatakan “I Love You” di puncak gunung. Buat pencinta
kegiatan mendaki gunung luangkan masa romantis bersama kekasih hati dengan
puncak ini sebagai saksi, tentunya akan menjadi pengalaman yang tidak dapat
dilupakan.
2. Tepi pantai
Pantai masih
menduduki tempat pertama tempat-tempat romantis untuk meluangkan masa bersama
pasangan. Nikmati angin sepoi-sepoi Bahasa, bunyi lautan ombak yang tenang
serta pemandangan yang indah di tepi pantai sambal memberi perhatian sepenuhnya
kepada pasangan yang dicintai.
3. Di tengah tasik.
Bersama
pasangan di tengah tasik sambil bermain kayak? Menandakan kalian adalah
pasangan yang sudah sangat saling mempercayai. Bergembira dan berbual dengan
tenang tanpa gangguan dari orang lain.
4. Dibawah deruan air terjun.
Menyusuri
aliran sungai yang dikelilingi tebing tinggi yang dilindungi dedaunan hijau
dari pohon megah atau yang tumbuh rendah, menuju air pancut megah di akhir
perjalanan, mampu menyegarkan jiwa dan raga. Lari jauh dari kesibukan bandar
dan luangkan masa dengan santai dikelilingi alam semula jadi.
5. Pulau.
Banyak tempat
tarikan pelancongan menarik yang boleh anda kunjungi dan nikmati, sekaligus
menjadi tempat bersejarah bagi cerita romantis dengan pasangan. Jika anda mahu,
anda boleh melakukan aktiviti-aktiviti seperti snorkeling di pulau atau menaiki
‘cruise’ makan makan bagi mengeratkan lagi hubungan anda berdua.
Adakah anda
mengetahui tempat-tempat lain yang romantik untuk meluangkan masa bersama
pasangan? Sila tinggalkan idea anda di ruangan komen di bawah.
No comments:
Post a Comment