Rahsia Bagaimana Gadis Ini Travel Sambil Jana Pendapatan Melalui AirBnB


by : Ida Latiff @ Vocket

Kenalkan Katrina, 27 tahun. Gadis ini telah tinggalkan kerja makan gaji 9-5 dan menjadi pengembara mengelilingi dunia secara sepenuh masa.

Saya rasa seperti ada jurang yang besar dalam hidup saya antara di mana saya berada kini dan di mana saya mahu berada di masa depan, ” Katrina memberitahu BuzzFeed Life.

“Saya berasa terlalu dekat dengan masyarakat dan mereka yang memberitahu saya apa yang saya harus lakukan dengan hidup saya, dan saya mahu lari sebentar begitu saja dari semua ini.”
(Katrina telah ditemuramah oleh BuzzFeed Life dengan syarat bahawa nama sebenar beliau dirahsiakan, dan hanya diminta memaparkan nama ini, dan BuzzFeed mengesahkan kisah ini adalah benar).

Namun begitu tidak seperti pengembara sepenuh masa lain yang akhirnya berada dalam keadaan pokai disebabkan oleh keputusan mereka berhenti kerja dan keluar mengembara, Katrina berjaya menemui satu cara yang boleh menjadikan kewangan beliau kekal stabil sambil mengembara.


Katrina telah menyewakan 2 bilik di kondominium milik beliau yang terletak di California. Caranya dengan mengiklankan bilik ini di AirBNB sewaktu beliau keluar mengembara, dan hasil sewaan ini digunakan untuk menampung pengembaraan beliau.

Kondominium dengan keluasan 1,100 kps dengan 2 bilik tidur dan 2 bilik air ini disewakan pada kadar antara USD4,600 ke USD5,100 sebulan, bergantung kepada beberapa keadaan. Kebanyakan penyewa beliau terdiri daripada golongan professional yang datang ke bandar ini untuk bekerja dalam projek jangka panjang.

Menyedari tidak semua orang mampu membeli kondominium dan hanya mampu menyewa, pasaran beliau lebih tertumpu kepada mereka yang tinggal di luar California.

Rancangan beliau menjadi. Sejak Januari 2015 Katrina telah mengembara ke 21 lokasi berbeza dan beliau kekal bebas hutang.



Lokasi yang paling digemari di sepanjang pengembaraan ini adalah Belize dan Costa Rica.

Secara purata kondominum beliau menjana pendapatan sehingga USD60K setahun, manakala kos penyelenggaraan, cukai, kos pembersihan dan bayaran kepada bank adalah sekitar USD30K.

Ini bermakna beliau ada dalam USD30K untuk menampung perbelanjaan hidup dan keluar mengembara.



Saya adalah seorang pengembara dengan bajet rendah dan uruskan kewangan saya dengan gaya ninja. Saya sering gunakan Google Spreadsheet untuk merancang kewangan saya.


Jadi bagaimana Katrina lakukan semua ini? Berikut adalah tips yang telah dikongsikan oleh beliau:

1. Pastikan menyewakan kediaman anda di AirBnB boleh dilakukan dan tidak menyalahi undang-undang negara anda.

Perundangan bagi setiap negara dan daerah adalah berbeza. Di New York contohnya, menyewakan kediaman anda di AirBNB kurang daripada 30 hari adalah salah dan melanggar undang-undang setempat  jika kediaman yang sama juga telah anda sewa daripada pemilik asal.

2. Pastikan kediaman anda bersih, kemas dan berada dalam kondisi tiptop dan dihias dengan baik.

Menurut Katrina:

Buat pelanggan kita rasa seperti mereka tinggal di rumah / bilik yang baik dan selesa merupakan kunci untuk kita menerima maklum balas yang baik dan seterusnya membuka peluang untuk mengenakan kadar sewa pada harga premium.
Saya sediakan apartment saya dengan perabot berjenama yang dikenali ramai seperti World Market, Pottery Barn, Overstock, dan Ikea. Kesemua ini sering saya temui di Craig List pada harga yang lebih rendah.


3. Banyak berkomunikasi dan berhubung dengan penyewa anda.

Selalunya tetamu dan penyewa mempunyai banyak soalan. Sebelum mereka mula melakukan carian dan kajian lebih lanjut, hantarkan email bersama informasi lengkap; bagaimana mahu ke lokasi anda, aktiviti menarik di sekitar kediaman anda, kedai kopi dan restoran berhampiran, tempat membeli barang dapur / supermarket dll. Mereka tidak akan bertanya banyak soalan lagi selepas menerima email ini, menajdikan kerja saya lebih mudah.

4. Sentiasa tinggalkan maklum balas (review). Ini sangat penting.

Jika kita mahukan review orang lain, berikan review kita dahulu sebab kemungkinan besar mereka akan berikan review selepas melihat review yang kita letakkan untuk mereka, ujar Katrina. Dan lebih bagus review itu, maka lebih ramai yang akan mahu menyewa tempat kita.

5. Gunakan servis percuma fotografer AirBnB.

Mungkin ramai yang tidak tahu AirBnb juga menyediakan servie fotografer percuma. Gambar yang kelihatan professional dan cantik akan menarik lebih ramai bakal penyewa.



6. Dapatkan tawaran murah seperti tiket kapalterbang dan hotel / hostel sebanyaknya.

Katrina pernah berjaya mendapatkan tiket sehala ke Buenos Aires pada harga USD9.50 (termasuk tax), yang mana kemudiannya beliau menetap di sana selama setahun.

7. Berhati-hati dengan apa yang anda fikir kerana ia akan memberi kesan kepada hidup anda. Percayalah jika anda sangat mahukan sesuatu, ia boleh menjadi kenyataan; ujar Katrina.

Itulah perkara yang sangat ditekankan dalam hidup Katrina. Meskipun adakala beliau rindukan rutin harian dan keluarga, serta aktiviti malam bersama rakan-rakan wanitanya, beliau sangat mahukan pengalaman pengembaraan ini dan tidak sanggup mengaku kalah.

Bahagian terbaik adalah bagaimana untuk sentiasa merendha diri dan bebas memilih definisi kejayaan di dunia ini, terlalu banyak definisi – baik dan buruk, dan begitu banyak sekali cara menjalani hidup.


Dan apabila ada yang bertanya bilakah beliau akan kembali menjalani hidup secara normal, dengan pantas Katrina mengatakan inilah kehidupan normal beliau.

Saya tidak merasakan satu kehidupan yang sebenar apabila perlu hidup berpura-pura gembira, perlu memenuhi serta terikat dengan jangkaandan definisi kejayaan orang lain. Bagi saya kehidupan sekarang inilah hidup sebenar saya.

1 comment:

Ardilla Noorezan said...

Dylla pun baru je search pasal AirBNB ni haha