Perlu ke workspace di bilik?

Assalamualaikum w.b.t.

Argh, lamanyaaa opi tak jenguk blog opi, dah berhabuk teruk ni, opi pun dah tak tahu setting blogger semua, nak edit dan linkkan code2 pun dah tak reti. ahaha. Maaf ye, sibuk kerja.
 


Okey, harini ada masa sikit, tu yang datang jenguk blog, dan nak buat 1 content untuk share mengenai bilik. Decoration untuk bilik kecil yang nampak kemas dan menarik. Sekarang musim Work from Home, so ramai antara kawan-kawan yang sama nasib dengan opi akan buat 1 bilik atau sudut kecik untuk workspace bukan? Opi pun tengah mendeco deco bilik sewa opi untuk ruangan workspace. Opi suka jenis yang macam dibawah ni, tapi, alahai, bilik sewa kot, takkan la nak buat gini, pakai je la dulu apa yang ada kann, jom tengok design yang opi rasa menarik, simple dan jimat ruang habis lahh..








Hah, cantik bukan, simple sangat dan 1 bilik tu kira complete la.. Bagi opi, dalam bilik tu, untuk orang bujang macam opi, wajib ada, 
1. Tilam / Katil ( tempat tidur)
2. Drawer (untuk simpan baju)
3. Rak buku (utk letak buku dan barang2 kecil)
4. Komputer / Lappy (sudut bekerja)
5. Lampu meja / Lampu tidur
6. Jam dinding / jam meja
7. Karpet (untuk duduk lepak2 dan ruang solat)
8. Notice board (untuk letak nota2 penting dan kata-kata semangat)
9. Cermin
10. Kerusi belajar

Bagi yang takut tinggi, boleh je buat design macam ni, menarik juga kan? Lepas kerja, terus tidur, haha



Yes! Sangat menarik!! Boleh cuba ni. untuk anak-anak kecil yang masih sekolah rendah atau menegah, mereka pun ada kelas on9 sekarang kan, boleh la cuba deco-deco bilik anak tu supaya mereka ada mood belajar. Bukan kita je nak ada mood kerja, budak-budak tu pun nak ada mood belajar bila sampai masa diaorang untuk belajar, hahaha, mood diaorg sekarang, nak main dan enjoy je bersama kawan-kawan. huhu. Sabar je la.

Tapi kan, oleh sebab opi duduk rumah sewa, cukup beberapa tahun pindah sebab lebih sukakan suasana baru. So opi tak boleh nak desing beria sangat kat bilik sewa, so design bilik opi banyak jadi begini je.. 





hahaha, minat lain, tapi jadi lain. sebab fikir nak kena pindah nak angkut tu sakit, dah la duduk flat. huhuhu, so memang bersabar je, pakai yang mana ada je dulu sementara ni kan.. berjimat musim2 MCO ni, kalau rumah sendiri nak design macam gambar2 kat atas tadi , tidak mengapa lah.

So, kalau bilik dah ada workspace, kadang-kadang tu buat kerja tak sedar pun dah jam 5petang. Boleh sampai ke malam buat kerja, sebab apa? Sebab kita dah ada tempat bekerja yang selasa bukan? ada kerusi, meja yang memang ikut ketinggian dan keselesaan untuk bekerja. Hehehe, Opi cakap mengikut pengalaman, hihihi. 

Oh, gambar-gambar tu opi ambil dari Pinterest tauu. So itu sahaja yang opi nak share kan harini, sebab dalam kepala otak ni, memang dok fikir nak ubah apa lagi kat bilik tu, nak deco apa lagi, sebab opi suka tengok benda simple dan cantik-cantik. Tak suka benda serabut dan sepah-sepah. Sebab selalu duduk dalam bilik buat kerja, yeah, i'm workaholic sikit. Hehehe. Okey, sekian sahaja perkongsian harini. Byeee, jumpa lagi dihari yang indah :)

#staysafe
#kitajagakita
#stayhome





1 comment:

aienienka said...

lama dah tak nampak opi. hehe