Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

JOM POTONG KUKU IKUT *SUNNAH !



Sebenarnya ada 3 cara memotong kuku oleh 3 orang ulamak yang hebat. Iaitu Imam Nawawi, Imam Ghazali, dan Imam Ahmad. Ramai yang bertanya apakah cara memotong kuku mengikut sunnah..? Sunnah memotong kuku adalah memotong kuku itu sendiri adalah sunnah, dan memotongnya dimulai dengan yang kanan, dikiaskan kepada sunnah Nabi SAW yang memulakan sesuatu perbuatan dimulai dengan kanan.

Menurut pendapat Imam Nawawi:

Mulakan dengan tangan kanan, kemudian dahulukan dengan memotong kuku jari telunjuk - jari tengah - jari manis - jari kelingking, kemudian memotong kuku ibu jari; habis potong kesemua kuku di tangan kanan.
Kemudian potonglah kuku tangan kiri, dimulakan dengan jari kelingking - jari manis - jari tengah - jari telunjuk - seterusnya ibu jari tangan kiri - complete.

Menurut pendapat Imam Ghazali:

Mulakan dengan tangan kanan.
Mulakan dengan memotong kuku jari telunjuk - jari tengah - jari manis - jari kelingking. Kemudian terus berpindah ke tangan kiri, mulakan dengan jari kelingking - jari manis - jari tengah - jari telunjuk - ibu jari tangan kiri - kemudian balik semula ke tangan kanan dan potong kuku ibu jari kanan.

Pendapat Imam Ahmad pula (tiada dalam gambar) agak rumit sedikit untuk diikuti tapi sangat mujarab kerana sabit kepada satu hadith Nabi SAW yang bermaksud: "Sesiapa yg memotong kukunya secara 'mukholifan' tidak akan diserang penyakit mata." (Boleh rujuk dalam kitab Kitab Al-Mughni)

'Mukholifan' bermakna tertib-tertib seperti yang ditunjukkan..

Menurut Imam Ahmad:

Kaedah خوابس untuk jari tangan kanan ertinya: Mulakan dengan jari kelingking, tengah, ibu jari, manis dan telunjuk.

Kaedah أوخسب untuk jari tangan kiri ertinya: Mulakan dengan ibu jari, tengah, kelingking, telunjuk dan akhir sekali jari manis. Maknanya anda selang-selikannya juga.

Ini bermakna kaedah ini perlu dilakukan secara berselang-seli. Bacalah dua tiga kali supaya faham sambil amalkan.

Wallahualam..
Mudah-mudahan bermanfaat... :)

Kredit : Lukisan Dakwah Islam 

HAKIKAT KECANTIKAN wanita ...


Perempuan yang perasan cantik akan menggedik dengan lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan suka membuka auratnya,
Perempuan yang perasan cantik akan mula make up tebal-tebal,
Perempuan yang perasan cantik akan tunjuk semua gambarnya pada lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan merasakan dirinya paling 'cute',
Perempuan yang perasan cantik akan rasa diri dia paling ramai peminat,

Sedangkan HAKIKAT KECANTIKAN wanita ialah:

Muslimah yang cantik tidak akan menggedik dengan lelaki,
Muslimah yang cantik tidak akan membuka auratnya,
Muslimah yang cantik tidak perlu make up tebal-tebal,
Muslimah yang cantik tidak akan tunjuk wajahnya pada lelaki bukan mahram,
Muslimah yang cantik akan sentiasa rasa dirinya biasa-biasa saja,
Muslimah yang cantik akan merasa terhina apabila dirinya dikelilingi 'kumbang',

Kecantikan wanita tidak bererti andai tiada iman, taqwa dan ilmu padanya. Tariklah perhatian Allah, bukan menarik perhatian lelaki yang tidak halal bagi kamu.

keHIDUPan

KLIK GAMBAR UNTUK PEMBESARAN

Ajal semakin dekat. Sampai bila nak terus ter'sesat'? Dan bila, bila nak mula taat?

Masih sempat untuk bertaubat. ♥

Pray for Gaza . From Palestine With Love



Wahai Umat Islam mari kita doakan saudara kita yg sdh berperang disana!! Klu tentera Israel ada senjata, kita Umat Islam jua ada senjata. Nabi sebut Doa itu SENJATA bgi mukmin!! Wahai Yahudi Lakhnatullah!!JAHANAMLAH KAU Wahai ISRAEL! Mgkin umat Islam boleh dibunuh,Tapi... Islam tak kan boleh dihapuskan walau dgn apa cara sekalipun!!!!..

(Copy) 
Mari Berdoalah, untuk rakyat Palestin dan semua umat
Islam di dunia, ini juga merupakan salah satu usaha

sbg umat yg bergelar Islam : 

ﺍﻟﻠّﻬﻢّ ﺇِﻧَّﺎ ﻧَﺠْﻌَﻠُﻚَ ﻓِﻲ ﻧُﺤُﻮﺭِ ﺃَﻋْﺪَﺍﺋِﻨَﺎ ، ﻭﻧَﻌُﻮﺫُ ﺑِﻚَ ﻣِﻦْ ﺷُﺮُﻭْﺭِﻫِﻢْ
ﺍﻟﻠّﻬﻢّ ﻣُﻨْﺰِﻝَ ﺍﻟﻜِﺘَﺎﺏِ، ﻭَﻣُﺠْﺮِﻱَ ﺍﻟﺴَّﺤَﺎﺏِ، ﻭَﻫَﺎﺯِﻡَ ﺍﻷَﺣْﺰَﺍﺏِ، ﺍِﻫْﺰِﻡْ
ﺍﻟﻴَﻬُﻮﺩَ ﺍﻟﻐَﺎﺻِﺒِﻴْﻦَ ﺍﻟﻤﺤُﺘَﻠِّﻴْﻦَ، ﻭَﺍﻧْﺼُﺮْﻧﺎَ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻭَﺯَﻟْﺰِﻟْﻬُﻢ.ﺍﻟﻠّﻬُﻢّ ﺑَﺪِّﺩْ
ﺷَﻤْﻠَﻬُﻢ ﻭَﻓَﺮِّﻕْ ﺟَﻤْﻌَﻬُﻢْ، ﻭ ﺷَﺘِّﺖْ ﻛَﻠِﻤَﺘَﻬُﻢ,ﺧَﺎﻟِﻒْ ﺑَﻴْﻦَ ﻗُﻠُﻮﺑِﻬِﻢ، ،
ﻭَﺯَﻟْﺰِﻝْ ﺃَﻗْﺪَﺍﻣَﻬُﻢ,ﻭَﺳَﻠِّﻂْ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻛَﻠْﺒﺎً ﻣِﻦْ ﻛِﻼَﺑِﻚَ ﻳﺎ ﻗﻬﺎﺭ,ﻳﺎ
ﺟﺒﺎﺭ ﻭ ﻳﺎ ﻣُﻨْﺘَﻘِﻢَ,ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺃَﻧْﺰِﻝِ ﺑِﻬِﻢ ﺑَﺄْﺳَﻚَ ﺍﻟَّﺬِﻱْ ﻻﻳُﺮَﺩُّ ﻋَﻦِ ﺍﻟﻘَﻮْﻡِ
ﺍﻟﻤُﺠْﺮِﻣِﻴﻦ.

Erti :Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami
menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada
musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu
daripada kejahatan mereka.Wahai Tuhan kami,
wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran),
dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai
yang menghancurkan tentera al-Ahzab,
hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan
bantulah kami ke atas mereka dan goyangkanlah
mereka.
Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan
mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan
mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka
(melalutkan mereka), pecah belahkanlah hati-hati
mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan
hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-
anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah
Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai
Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan
kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan
kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh
kaum yang berdosa.

Aamiinn Ya Allah.. 

TAKBIR !!!!!!!!!!!!

5 Trend Jahiliyah Perempuan Islam Masa Kini

5 Trend Jahiliyah Perempuan Islam Masa Kini | Semua orang nak berfesyen dan mengikut trend, terutama golongan wanita. Pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden.Tetapi kebanyakkan wanita yang dapat dilihat, pakai tudung tapi lengan terdedah, dada terdedah, kaki terdedah. Camna tu? Sedihnya ramai gadis Islam “dijajah” semula oleh Barat dengan fesyen bertudung tetapi moden ini. Aku selalu perhatikan pemandangan yang tidak begitu indah ini sehingga aku bertanya pada diri sendiri, “kenapa?”. Mari kita kenali dulu 5 trend atau sikap wanita yang terpesong dalam zaman moden ni. (Nota: INILAH REALITI KEBANYAKKAN WANITA WALAU TIDAK SEMUA BEGINI)

1. Pakaian Ketat, Sendat dan Terlalu Seksi

Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkan lurah dendam “neraka” depan dan belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng motorsikal. Ditambah pula dengan kulit yang tak berapa licin dan berparut! Ewwww…simpan la barang-barang privasi korang tu, takyah tunjuk-tunjuk.

2. Tudung Nampak Bayang Rambut

Ini satu lagi fesyen yang aku tak faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung. Dan macam-macam lagi kalau aku bagi contoh. Nak tau lebih lanjut, baca ni: 8 Jenis Fesyen Tudung Pelik Malaysia dan 11 Fesyen Kontroversi Gaya Tudung Wanita Malaysia. Memang ada pelbagai fesyen tudung wanita yang tidak tahu aku nak ulas camna.

3. Pertuturan Lancang dan Ketawa Mengilai

Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Islam bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak. Kadang-kadang kalau restoran tu, suaranya mengalahkan suara TV yang dipasang. Kadang-kadang tu time gelak tu terkeluar benda yang tengah dimakan, tempias sana sini. Ish ish ish wanita jenis apa la ni.

4. Bertepuk Tampar Dengan Lelaki

Persahabatan antara lelaki dan perempuan tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata? Lelaki pun satu hal gak, membenarkan dirinya ditepuk dan ditampar oleh wanita. Bukan sedap pun. Sakit wooooo.

5. Bercumbu dan Memadu Kasih Tanpa Segan

Bercumbu dan memadu kasih tanpa segan ini adalah antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam. Memang dalam perkara ini kaum lelaki juga bersalah kerana menjadi pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan silu. Jika dibuat carian ‘gadis bertudung’ di Internet, hasilnya sudah pasti aksi-aksi kurang sopan dan seks yang dirakam secara rela atau tersembunyi. Astagfirullah. Malu tu kan mahkota seorang wanita.

Kesimpulan

Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat di atas. Tujuan aku bukanlah untuk mencari kekurangan gadis Islam kerana aku sendiri punyai anak perempuan dan isteri. Cuma rasa agak sedih dengan ciri-ciri gadis Islam yang banyak lari dari ajaran Islam. Cara berpakaian ini juga antara penyebab berlakunya jenayah seksual seperti cabul, rogol dan gangguan seksual. Wahai muslimah, janganlah digadai maruah demi kemodenan dan fesyen kerana yang rugi hanyalah diri sendiri. Aku minta maaf kalau ada yang terasa. Pahit untuk aku katakan, tapi pahit itu lah ubat. Untuk lelaki yang membaca ni, ingatlah, korang nanti akan ditarik oleh golongan wanita ke neraka jika bersikap dayus. Baca ni: Empat Golong Lelaki yang Dibawa Wanita Ke Neraka. Share tulisan entri ni dengan orang yang korang sayang. Semoga bermanfaat untuk semua. Wallahualam.

Sumber: My Network

Nota Kaki: Maaf, aku ubah perkataan Melayu tuh kepada ISLAM. Sebab aku rasa ramai je orang Islam di Malaysia ni bukan hanya berbangsa MELAYU. Apapun jika anda rasa ia boleh menjadi titik mula seseorang itu mendapat hidayah. Apa salahnya anda kongsi(SHARE) untuk rakan-rakan anda.