Gambar sekadar hiasan entry kali ni :D
1. TIDAK SUKA BERGOSIP
Bagi sesetengah orang, mengetahui perihal orang lain adalah penting. Apatah lagi jika ianya menjadi bahan bualan orang sekeliling. Katanya tidak mahu ketinggalan informasi. Bagi lelaki lain pula kisahnya. Lelaki lebih gemar menunjukkan reaksi berdiam diri terutamanya apabila membicarakan hal peribadi orang lain. Bagi lelaki, bergosip adalah sesuatu yang tidak berfaedah dan membuang masa. Mereka lebih gemar memilih utk menyiapkan tugasan sendiri daripada mengambil tahu informasi yang tidak di perlukan. Jadi kamu tidak perlu berkecil hati jika teman lelaki kamu tidak minat terhadap sebarang gosip yang ingin kamu perkatakan.
2. SHOPPING CUKUP MENYEKSAKAN
Orang perempuan, kalau bab bershopping memang tak payah disuruh. Kalau tak membeli pun, cukuplah sekadar cuci mata sahaja. Lelaki pula memang agak keberatan jika diminta utk menemani pasangannya keluar bershopping. Buang masa, antara alasan yang sering di suarakan. Apabila diminta pandangan tentang sesuatu barangan yang ingin di beli, reaksi yang di beri adalah secara acuh tak acuh sahaja. Mereka menganggap kalau tidak bershopping, masa terluang tersebut boleh di penuhi dengan aktiviti lain. Lelaki juga kurg senang kalau masa yang diambil untuk berbelanja sehingga berjam2 lamanya. Bagi lelaki tidak ada guna terlalu cerewet ketika memilih barangan.
3. GAGAL BERI JAWAPAN SEPERTI YANG DI HARAPKAN
Sesetengah hal yang di bincangkan dgn pasangan ada kalanya memerlukan lebih perhatian dan tumpuan. Tetapi kebanyakkan lelaki lebih senang menjadi pendengar setia dan memberikan jawapan ala kadar sahaja apabila diminta pendapat mereka sedangkan dlm sesetengah keadaan. pasangannya tadi mmg memerlukan buah fikiran yang bernas utk membantunya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Jadi sekiranya berhadapan dgn situasi ini lelaki seharusnya bersifat lebih matang dan bukannya membuatkan mereka jadi gila dgn perangai acuh tak acuh kamu.
4. PERLU PERHATIAN KETIKA SAKIT
Tanpa kamu sedari seorg lelaki sebenarnya sangat senang sekiranya dilayan sebaik mungkin ketika sedang sakit. Ketika sakit, lelaki sering merengek dan mengeluh ingin di belai dan segala-galanya disediakan. Ini jelas menunjukkan ketika sakit lelaki mengharapkan pasangannya menumpukan sepenuh perhatian terhadap dirinya. Tetapi awas!! Jangan sekali2 mempraktikkannya ketika mereka sihat. Jika tidak kamu akan mendengar keluhan seperti “kenapalah saya di perlakukan seperti seorang bayi”Lelaki akan lebih bosan sekiranya tindak tanduknya di atur oleh org lain.
5. BANGGA APABILA ADA YANG MENGGODA
Bila si dia keluar dating dgn kamu, tiba-tiba ada wanita yang mencuri pandang dgn satu pandangan yang penuh bermakna dan berminat. Dalam keadaan seperti ini lelaki akan berasa bangga dan merasakan saham masih tinggi walaupun sudah ada org di sebelah tetapi masih ada yang menunjukkan minat. Bila berhadapan dgn situasi ini, untuk “cover line” dgn wajah selamba si lelaki akan berkata “Jangan bimbang I tak akan tergoda kerana I sudah ada U !!”…Tetapi penjelasan yang diberikan ini sebenarnya masih tidak cukup utk menyakinkan pasangan di sebelah, malah ada yang merasakan kedudukan mereka masih tidak selamat. Oleh itu, awasi mata kamu!!