PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Amalan Masuk Syurga Dengan Selamat
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَلَامٍ قَالَ لَمَّا قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ انْجَفَلَ النَّاسُ إِلَيْهِ وَقِيلَ قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجِئْتُ فِي النَّاسِ لِأَنْظُرَ إِلَيْهِ فَلَمَّا اسْتَثْبَتُّ وَجْهَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَرَفْتُ أَنَّ وَجْهَهُ لَيْسَ بِوَجْهِ كَذَّابٍ وَكَانَ أَوَّلُ شَيْءٍ تَكَلَّمَ بِهِ أَنْ قَالَ أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلَامَ وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ وَصَلُّوا وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلَام
ٍ
Dari Abdullah bin Salam berkata: Ketika Rasulullah SAW tiba di Madinah, orang-orang bergegas menyambut beliau sambil mengucapkan: Rasulullah SAW datang, Rasulullah SAW datang, Rasulullah SAW datang, " aku mendatangi orang orang untuk melihat mereka, dan ketika aku telah memastikan wajah Rasulullah SAW, aku baru faham bahwa wajah beliau bukanlah wajah wajah pendusta, dan yang pertama kali beliau ucapkan adalah: "Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makanan dan laksanakanlah solat pada waktu manusia tidur, nescaya kalian akan masuk syurga dengan selamat." (HR Tirmizi No: 2409)
Pengajaran:
1. Sebagai Muslim, jadilah seorang yang menjadi contoh dan kebaikan kepada orang lain sama ada melalui penampilan tubuh badan mahupun tuturkata yang baik.
2. Abdullah bin Salam masuk Islam kerana tertarik dengan peribadi yang jujur dan tutur kata yang baik pada Rasulullah SAW.
3. Seorang Muslim boleh masuk syurga dengan selamat melalui amalan berikut:
a. Menyebarkan salam
b. Memberi makan kepada orang lain
c. Melaksanakan solat sunat malam ketika orang tidur
JOM bersifat RAHMAH melalui penyebaran salam, memberi makan kepada yang perlu serta solat qiamullail di malam hari.
No comments:
Post a Comment