TUDM plane makes emergency landing in Kuala Selangor

tudm

KUALA SELANGOR: A Royal Malaysian Air Force (TUDM) transport aircraft crash landed near the seashore at Batu 2, Stadium Melawati Kuala Selangor here this morning (Feb 26).

The plane also burst into flames in the incident at 8.40 am. The eight crew members were reported to be safe.

Selangor Fire and Rescue operations assistant director Mohd Sani Harul said in a statement today that the department received a report on the incident from members of the public who witnessed the incident.

“Nevertheless, the victims managed to save themselves with the assistance of local fishermen,” he said, adding, the incident was being investigated. – Bernama

..........................................................
Pesawat CN235 TUDM terbakar, lakukan pendaratan kecemasan
Pesawat CN235 TUDM dilaporkan terhempas
KUALA LUMPUR - Sebuah Pesawat pengangkut CN235 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berpangkalan  di Pangkalan Udara Subang membuat pendaratan kecemasan berhampiran pantai Kuala Selangor jam 8.50 pagi tadi.

Pesawat yang membawa lapan orang anak kapal dilaporkan selamat selepas dibantu nelayan tempatan yang berada di kawasan berkenaan.

Dalam satu kenyataan TUDM berkata, mereka akan menubuhkan satu pasukan penyiasat bagi mengenal pasti punca kejadian.

"TUDM juga akan berusaha untuk membuat recovery pesawat tersebut," kata kenyataan itu.

..........................................................
Anak kapal pesawat CN235 diberi rawatan perubatan
pesawat terhempas
KUALA LUMPUR - Kesemua anak kapal pesawat  CN235 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mendarat Cemas di Pantai Kuala Selangor telah dibawa ke Pangkalan Udara Subang.

TUDM dalam satu kenyataan melaporkan, kesemua anak kapal ini diterbangkan dengan helikopter EC725 dan mendarat di Pangkalan Udara Subang pada jam 10.18 pagi hari ini.

Sejurus tiba di Pangkalan  Udara Subang, doktor perubatan ATM telah membuat pemeriksaan ke atas kesemua anak kapal.

Terdahulu, pesawat berkenaan yang membawa lapan orang anak kapal membuat pendaratan kecemasan berhampiran pantai Kuala Selangor jam 8.50 pagi tadi.

Bagaimanapun pesawat itu dilaporkan selamat selepas dibantu nelayan tempatan yang berada di kawasan berkenaan.

Sementara itu, TUDM kini sedang menumpukan usaha  untuk membawa keluar pesawat CN235 dari kawasan insiden.

Anggota pasukan Khas TUDM juga ditempatkan di kawasan insiden bagi mengawal keselamatan di tempat kejadian.

"TUDM ingin menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada APMM dan juga penduduk di sekitar pantai Kuala Selangor  yang telah memberikan bantuan awal kepada semua anak-anak kapal," kenyataan itu dipetik.

2 comments:

yaya shari said...

Alhamdulillah tak ada apa2 kan..

Ardilla Noorezan said...

Alhamdulillah semua selamat!