#Review : Mini Photobook for my friend's birthday gift.


Assalamualaikum. Harini opi ada sedikit masa lapang . Opi nak buat sedikit review mengenai mini photobook. 

Before that, opi nak bagitahu ni, opi ada buat SALES photobook kalau korang terdetik kat hati nak beli mini photobook macam opi ni :) Jom kita lihat dengan lebih lanjut !


Mini photobook ni size dia 6x6 inci sahaja tau. Memang mini dan comel comel je tau, memang sesuai untuk buat present photobook, like dalam photobook korang taruk gambar kawan korang dengan korang. Segala memori indah dan sedih korang buku kan dan terbitkan menjadi photobook. Tak puas tau kadang-kadang tu tengok gambar dalam lappy, bila dah print jadi photobook, seronok pulak, boleh belek-belek bila2 masa sahaja je tau ! Tak perlu nak buka hp or lappy korang nak throwback :D

Opi selalu hadiahkan pada kawan opi kalau opi dengan dia ada banyak gambar, lepas tu, opi susun elok elok dalam photobook, opi print :) Jom usha photobook yang opi design sendiri untuk kawan opi nih :)







Gambar atas ni, kitaorang sambut birthday sama-sama. Birthday opi (tudung hitam+baju mickey) 31 julai. Birthday kawan opi (pakai topi+pashmina purple biru) tu 1 ogos, sebelah2 je kan? tu yang classmate kitaorg buat surprise ! Yeayy, First time kena tepung semua tu. hehehe. Birthday paling best bagi opi ! 

Rasa seronok kan bila tengok gambar kita dengan kawan-kawan dalam photobook . Betul , tak tipu, memang seronok, rasa nak cium cium je photobook tu. Kadang-kadang gelak sorang2 bila tengok gambar lama. Hehehe

Kalau korang nak usha pakej dan sales yang opi buat, boleh tengok kat SINI . Cepat beli sebelum terlambat! Photobook ni macam - macam boleh buat tau, wedding photobook, baby album, graduation album, mini portfolio, travel photobook dan banyak lagi! Siapa cepat dia dapat ! Jom usha SINI

Terima Kasih kerana singgah membaca :)

2 comments:

Ain Athirah said...

Cantiik! Share la mcm mna boleh terjebak dgn duni photography ni Opi.

SIQAHIQA said...

Wahhh menarik! Cantik photobook :)