Showing posts with label photographer. Show all posts
Showing posts with label photographer. Show all posts

Special Discount ! 8x8 Hardcover Photobook



Assalamualaikum. Hi for photobook lover. Ada sesiapa berkenan 8x8 Imagewrap hardcover 60 pages ? Biasa opi buat 40 pages kan? Kali ni , opi nak kasi 60 pages punya. Hah, banyak kot.
RM120 sahaja. Harga boleh runding lagi for serious buyer :) TQ

Do contact me at personal mesej or email me at sitisorfienasyasha@gmail.com

#Review : Mini Photobook for my friend's birthday gift.


Assalamualaikum. Harini opi ada sedikit masa lapang . Opi nak buat sedikit review mengenai mini photobook. 

Before that, opi nak bagitahu ni, opi ada buat SALES photobook kalau korang terdetik kat hati nak beli mini photobook macam opi ni :) Jom kita lihat dengan lebih lanjut !


Mini photobook ni size dia 6x6 inci sahaja tau. Memang mini dan comel comel je tau, memang sesuai untuk buat present photobook, like dalam photobook korang taruk gambar kawan korang dengan korang. Segala memori indah dan sedih korang buku kan dan terbitkan menjadi photobook. Tak puas tau kadang-kadang tu tengok gambar dalam lappy, bila dah print jadi photobook, seronok pulak, boleh belek-belek bila2 masa sahaja je tau ! Tak perlu nak buka hp or lappy korang nak throwback :D

Opi selalu hadiahkan pada kawan opi kalau opi dengan dia ada banyak gambar, lepas tu, opi susun elok elok dalam photobook, opi print :) Jom usha photobook yang opi design sendiri untuk kawan opi nih :)







Gambar atas ni, kitaorang sambut birthday sama-sama. Birthday opi (tudung hitam+baju mickey) 31 julai. Birthday kawan opi (pakai topi+pashmina purple biru) tu 1 ogos, sebelah2 je kan? tu yang classmate kitaorg buat surprise ! Yeayy, First time kena tepung semua tu. hehehe. Birthday paling best bagi opi ! 

Rasa seronok kan bila tengok gambar kita dengan kawan-kawan dalam photobook . Betul , tak tipu, memang seronok, rasa nak cium cium je photobook tu. Kadang-kadang gelak sorang2 bila tengok gambar lama. Hehehe

Kalau korang nak usha pakej dan sales yang opi buat, boleh tengok kat SINI . Cepat beli sebelum terlambat! Photobook ni macam - macam boleh buat tau, wedding photobook, baby album, graduation album, mini portfolio, travel photobook dan banyak lagi! Siapa cepat dia dapat ! Jom usha SINI ! 

Terima Kasih kerana singgah membaca :)

I'm Done for Diploma !


Assalamualaikum semua, 

Dah lama ni tak update blog. Lama sangat, last update tahun 2014. Harini baru dapat update sebab baru teringat pasal blog. Rindu , tapi dah tak reti apa apa pasal blog. Dulu rajin la belajar code code blog , sekarang nak belajar dah tak tahu mana nak start :D

Hari ni , opi nak bagitahu kawan kawan semua yang opi dah habis belajar di UiTM Melaka , Kampus Alor Gajah dalam jurusan Fotografi dan Pengimejan Kreatif. Selama 2tahun setengah jugak la study kat sana. Macam - macam ilmu dapat. Kenangan pun macam macam dah tercipta kat sana :) 

Bulan 5 nanti , inshaAllah , opi akan konvo di UiTM Melaka ;) Doakan opi semoga berjaya di dunia dan akhirat ye kawan-kawan :) 

Thanks.