Buku #Henshin

Ini merupakan buku seorang blogger recehan bernama Aiman (www.aimaanbanna.com) yang pertama. Ia merupakan tribut dia untuk Ummah yang ter-chenta ini!
Henshin? Apakah itu...?
Henshin = Hijrah, berubah.
Buku ini mengenai apa?
Sebuah manual untuk perjalanan keluar daripada jahiliah melalui proses henshin lalu menuju ke jannah.
Itu penjelasan ringkas.

Buku ini mengenai kisah kita dan jahiliah,
Ketika iman turun, ketika itulah semua jenis dan genre dosa maksiat kita nak pulun. Istilahnya kalau disenaraikan seluruh dosa yang wujud atas muka planet bumi, semuanya kita dah cuba. Dosa yang berjuta kita dah tackle. Hebat ke tak pemaksiat macam kita ini?
Ketika kita lupa Tuhan, ketika itulah kita rasa kita Tuhan. Kitalah yang menetapkan halal dan haram sesuatu itu ikut suka kita. Iya lah sebab kita sudah rasa kita Tuhan, jadi seluruh alam semesta ini kita punya. Jadi segalanya akan ikut suka kita. Yang kita benci tolak tepi, yang kita suka sentiasa bersama.
Hasilnya, kita dalam jahiliah. Kita bergembira dalam berjahiliah.
Yep. Buku ini sesuai untuk anak muda dalam menunjukkan cara nak keluar dari jahiliah kemudian menuju jannah. Ianya mengenai cara membuka sayap di belakang untuk terbang menuju Tuhan.
Berikut merupakan komen orang yang dah baca dari muka depan hingga hujung patah kata buku.
"Ramai orang mahu berubah tapi mereka tidak tahu apa yang perlu diubah dan bagaimana cara hendak berubah. Buku #Henshin ini bagi saya adalah satu buku yang mampu untuk menjawab segala persoalan dan kekeliruan anda! Buku ini menggunakan bahasa yang santai, menyentuh perasaan pembacanya dan ada gaya yang tersendiri. Saya yakin siapa sahaja yang membaca pasti akan tersentuh hati dan dapat mencetus diri untuk berubah, inshaAllah. Henshin!" - Bro Adnin Roslan, Pengasas Tarbiah Sentap -
Dalam pengembaraan pembacaan buku #Henshin ini, anda akan melalui tiga fasa. Setiap bab dalam buku ini mewakili setiap fasa.
Bab 1 : Fasa pengenalan jahiliah anda.
Bab 2 : Fasa #Henshin anda.
Bab 3 : Fasa jejak Jannah.

Jom #Henshin!
Dakwah.

No comments: