Jangan Berada Dalam Majlis Kesedihan

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jangan Berada Dalam Majlis Kesedihan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا جَلَسَ قَوْمٌ مَجْلِسًا لَمْ يَذْكُرُوا اللَّهَ فِيهِ وَلَمْ يُصَلُّوا عَلَى نَبِيِّهِمْ إِلَّا كَانَ عَلَيْهِمْ تِرَةً فَإِنْ شَاءَ عَذَّبَهُمْ وَإِنْ شَاءَ غَفَرَ لَهُمْ

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: Tidaklah satu-satu kaum yang berada di dalam sesebuah majlis yang mana mereka tidak menyebut nama Allah padanya dan tidak pula berselawat ke atas Nabi mereka, melainkan majlis tersebut merupakan kesedihan, dukacita, dan penyesalan. Sekiranya Dia menghendaki, mereka akan diazab, dan sekiranya Dia mahu, mereka akan diampuni. (HR at-Tirmidzi No : 3302) 

Pengajaran:
1.  Pastikan dimana sahaja majlis atau program yang kita sertai atau berada, ia diberkati dan dirahmati.

2.  Majlis atau program yang diberkati itu di dalamnya disebut nama Allah dan selawat ke atas Nabi.

3.  Majlis atau program yang di dalamnya tidak disebut nama Allah serta selawat ke atas Nabi – ia mendukacitakan dan menyedihkan

4.  Majlis atau program yang tidak disertai dalamnya nama Allah dan selawat ke atas Nabi dibimbangi mendapat azab dari Allah

JOM pastikan majlis yang disertai di dalamnya sentiasa disebut nama Allah dan selawat ke atas Nabi SAW.

No comments: